Graduan FPV Di Raikan Dalam Majlis Ikrar Penyampaian Hadiah | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Graduan FPV di raikan dalam Majlis Ikrar Penyampaian Hadiah

Graduan FPV di raikan dalam Majlis Ikrar Penyampaian Hadiah

Graduan FPV di raikan dalam Majlis Ikrar Penyampaian Hadiah

SERDANG 17 Nov : Tahun 2019 Seramai 98 orang graduan prasiswazah dan 27 graduan siswazah di peringkat Doktor Falsafah (PhD) 13 orang, Master Sains Veterinar (MVSc) 5 orang, Master Sains (MS) 8 orang dan Master Perubatan Veterinar (MVM) 1 orang, mereka diraikan dalam satu majlis yang penuh gemilang.

Graduan Prasiswazah mengangkat sumpah dan mendaftar sebagai veterinarwan seterusnya menerima anugerah dan hadiah masing-masing hasil yang dituai setelah beberapa tahun bertungkus lumus berusaha. Tahun ini sebanyak 61 hadiah kecemerlangan akademik bagi menghargai kejayaan pelajar dalam pelbagai bidang pengkhususan pengajian. Manakala sebanyak 57 ditawakan kepada pelajar siswazah dan 4 hadiah kepada pelajar siswazah.

"Sebagai pengamal veterinar, para graduan perlu peka dengan tujuan ikrar dan pendaftaran ini. Setiap veterinarwan terikat dengan lafaz ikrar ini dan bertanggung jawab untuk memberi perkhidmatan cemerlang dalam amalan profesion veterinar masing-masing sambil terus berusaha meningkatkan kepakaran supaya dapat berdaya saing", kata Profesor Dato' Mohd Hair Bejo yang merupakan Dekan FPV, melalui teks ucapan beliau bersempena dengan Majlis Ikrar dan Penyampaian Hadiah FPV kali ke 42 yang berlangsung di Auditorium FPV pada 17hb November 2019 lalu.

Dato' Dr Quaza Nizamuddin Hassan sebagai Yang Dipertua Majlis Veterinar Malaysia juga berkata "Para veterinarwan berperanan penting dalam mentransformasikan industri penternakan haiwan negara ke arah penternakan moden bagi memastikan bekalan makan negara mencukupi dan berusaha untuk menjana pendapatan negara daripada sektor penternakan".

Majlis yang penuh berprestij dan penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh para ibubapa graduan yang turut sama ingin meraikan kejayaan anak-anak mereka.

Raja Aiman Hakim Raja Mahmood Graduan Doktor Perubatan Veterinar Sesi 2018/2019 telah dinobatkan sebagai Pemenang Pingat emas Alumni melalu Anugerah Universiti dengan membawa pulang wang bernilai RM 3,000.00, sijil dan pingat emas.

Selain itu Hadiah Kecemerlangan Prasiswazah yang dikurniakan oleh Fakulti di mana hadiah-hadiah ini merupakan sumbangan daripada persatuan dan syarikat yang terlibat secara langsung dengan industri. Ini membuktikan kesungguhan masyarakat untuk berganding bahu dengan fakulti bagi melahirkan graduan cemerlang dan berketerampilan.

Tarikh Input: 27/11/2019 | Kemaskini: 27/11/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdCAk~