GARISPANDUAN MENGHADAPI RISIKO PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS (nCoV) PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » GARISPANDUAN MENGHADAPI RISIKO PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS (nCoV) PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARISPANDUAN MENGHADAPI RISIKO PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS (nCoV) PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

 

TINDAKAN SEWAKTU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PADA 28 JANUARI 2020 HINGGA 6 FEBRUARI 2020

 

1.

Semua pelajar baharu daripada China, perlu menjalani saringan kesihatan sebelum berdaftar. Saringan kesihatan perlu dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Entiti yang terlibat telah mengambil tindakan berhubung perkara ini.

2.

Senarai petugas hadapan dari setiap entiti yang akan bertugas perlu menjalani pemantauan kesihatan yang sewajarnya.

3.

Setiap petugas perlu memakai topeng muka semasa bertugas di kaunter. 

4.

PKU dan entiti terlibat perlu membekalkan hand sanitizer kepada setiap petugas bagi mengekalkan kebersihan. 

5.

Mengurangkan kesesakan di tempat tertutup semasa proses pendaftaran pelajar baharu. 

6.

Mengedarkan borang Health Declaration kepada semua pelajar baharu dan pelajar sedia ada daripada China yang baru pulang daripada China. 

 

 

TINDAKAN SEWAKTU SESI PENGAJIAN DIBUKA SEMULA PADA 10 FEBRUARI 2020

 

1.

Semua pelajar sedia ada daripada China yang baru pulang daripada China perlu menjalani saringan kesihatan di fakulti masing- masing sebelum boleh menghadiri kelas. Entiti berkaitan diminta laksanakan dan pantau perkara ini termasuk dengan kerjasama pensyarah. 

2.

Semua pensyarah dan pelajar digalakkan memakai topeng muka. 

3.

Semua aktiviti besar yang melibatkan pelajar antarabangsa di tempat yang tertutup perlu ditangguhkan.

4.

Semua pensyarah perlu memaklumkan kepada pelajar langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang disyorkan oleh Pusat Kesihatan Universiti

5.

Pensyarah perlu memastikan pelajar-pelajar yang mempunyai tanda-tanda simptom di dalam dewan kuliah yang berkaitan dengan Coronavirus untuk ke PKU dengan kadar yang segera.

6.

Pensyarah perlu menangguhkan sebarang aktiviti luar bilik kuliah yang melibatkan orang ramai atau hubungan dengan pihak-pihak yang berisiko.

 

BERIKUT IALAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH SELURUH WARGA KAMPUS BAGI MENGURANGKAN RISIKO PENULARAN

 

1.

Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

2.

Mengamalkan adab batuk dan bersin yang baik;

3.

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan amalan makanan seimbang, minum air mencukupi, melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan pastikan mendapat tidur yang mencukupi;

4.

Digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Walau bagaimanapun, isu kesihatan terkini iaitu jangkitan nCoV masih TIDAK MEMPUNYAI VAKSIN untuk menanganinya. Oleh yang demikian, warga kampus yang mempunyai gejala, dapatkan nasihat kesihatan dari fasiliti kesihatan yang berdekatan;

 

 

 

Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:

 

5.

Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;

6.

Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah yang bertutup;

7.

Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;

8.

Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk /sakit tekak yang berterusan.

 

Disediakan oleh     : Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi

Tarikh kemaskini    : 27 Januari 2020

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETGA6~