FPV UPM Terima Lawatan UniKL MESTECH, Pelajar Diberi Pendedahan Teknik Parasitologi
Serdang, 19 November 2025 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan seramai 23 pelajar Biomedikal Sains bersama dua orang staf pengiring dari Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH), Kajang, pada 14 November lepas.
Lawatan ini bertujuan memberi pelajar pendedahan praktikal mengenai teknik parasitologi serta pengurusan spesimen haiwan melalui lawatan ke makmal Parasitologi FPV.
Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Dr. Mark Hiew Wen Han, diikuti sesi taklimat ringkas mengenai perkembangan FPV, program akademik, serta kemudahan pembelajaran di Bilik Jemaah.
Para pelawat kemudiannya dibawa melawat Muzium Anatomi dan disusuli lawatan di Makmal Parasitologi, di mana mereka berpeluang melihat secara dekat bahan pengajaran serta demonstrasi praktikal berkaitan bidang parasitologi veterinar.
Prof Madya Dr Nur Mahiza Md Isa berkongsi dengan pelajar mengenai parasit veterinar penting seperti zoonotik parasit, serta peranan dalam kesihatan haiwan dan manusia.
Lawatan ini diharap dapat memupuk minat mendalam pelajar terhadap bidang sains veterinar serta membuka peluang kerjasama akademik antara FPV dan UniKL MESTECH, termasuk dalam program latihan, penyelidikan, dan pengajaran pada masa akan datang.
Tarikh Input: 19/11/2025 | Kemaskini: 19/11/2025 | m_nazmi
