FPV UPM , Mavma Dan MSAVA Beri Rawatan Haiwan Percuma | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » FPV UPM , Mavma dan MSAVA Beri Rawatan Haiwan Percuma

FPV UPM , Mavma dan MSAVA Beri Rawatan Haiwan Percuma

Misi Bantuan Kecemasan dan Perubatan Haiwan Terkesan Akibat Banjir

Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, dan Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA), telah melancarkan misi kecemasan dan perubatan bagi membantu haiwan yang terkesan dengan banjir di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Misi ini telah bermula pada 21 Disember 2021 (Selasa) dan pasukan misi bantuan veterinar ini dirancang untuk tempoh 7 hari dari tarikh misi bermula. Waktu operasi adalah dari 9 pagi-6ptg.

Sebarang sumbangan kewangan untuk projek kebajikan haiwan terkesan banjir ini boleh disalurkan ke:

Nama akaun: Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia

Bank: CIMB

Nombor akaun: 80-0263274-5

Ref: #FLOODRELIEF

Orang awam boleh membawa mana-mana haiwan milik sendiri atau haiwan terbiar yang terkesan dengan musibah banjir ke klinik veterinar bergerak ini. Haiwan seperti kucing dan anjing akan diperiksa dan akan diberi rawatan (first line treatment) di sini oleh Doktor Veterinar berlesen. Perkhidmatan rawatan haiwan ini adalah percuma dan disokong oleh doktor veterinar dari pelbagai agensi dan klinik.

Koordinat lokasi penempatan misi bantuan kecemasan dan perubatan untuk haiwan adalah seperti di bawah:

3.0209197998046875,101.53856658935547

(Kawasan parkir KFC/Pizza Hut Taman Sri Muda, Shah Alam)

Semoga usaha ini dapat membantu haiwan-haiwan mendapat perhatian dan seterusnya menerima rawatan veterinar supaya sihat dan terbela.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Nurul Hayah Khairuddin dan Dr Farina Mustaffa Kamal (Fakulti Perubatan Veterinar, UPM)

 

Lihat liputan dan laporan dari beberapa media tempatan :

  • https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/12/21/got-a-pet-that-fell-sick-or-got-hurt-during-the-floods-free-veterinary-trea/2030028
  • https://www.nst.com.my/news/nation/2021/12/756612/collaboration-provide-free-medical-care-animals
  • https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/12/901949/khidmat-rawat-haiwan-peliharaan-percuma-dekat-sri-muda

 

Tarikh Input: 22/12/2021 | Kemaskini: 13/04/2022 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEUCA0~