FPV UPM Kongsi Kepakaran Bersama UniSZA Dalam Pembangunan Fasiliti Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » FPV UPM Kongsi Kepakaran Bersama UniSZA dalam Pembangunan Fasiliti Veterinar

FPV UPM Kongsi Kepakaran Bersama UniSZA dalam Pembangunan Fasiliti Veterinar

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 10 April – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan rasmi daripada Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai usaha memperkukuh perkongsian ilmu serta amalan terbaik dalam bidang perubatan veterinar.

 

Lawatan yang berlangsung itu melibatkan seramai sebelas (11) orang delegasi UniSZA yang terdiri daripada barisan pengurusan fakulti serta pegawai teknikal. Kehadiran delegasi ini mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkasa hubungan akademik dan memperluas jaringan profesional dalam bidang perubatan veterinar.

 

Program tersebut turut merangkumi sesi pembentangan dan perbincangan dua hala yang memberi fokus kepada pembangunan fasiliti klinikal, kemudahan diagnostik serta pengurusan operasi hospital veterinar. Perkongsian ini penting dalam menyokong usaha pembangunan hospital pengajar perubatan veterinar yang lebih sistematik, berkesan dan berdaya saing.

 

Sepanjang lawatan, delegasi telah berpeluang meninjau pelbagai kemudahan utama di FPV UPM, termasuk Perpustakaan Perubatan Veterinar, Dewan Kuliah, Makmal Bakteriologi, Makmal Parasitologi, Makmal Virologi, Muzium Anatomi Haiwan, Makmal Postmortem serta Hospital Veterinar Universiti (UVH). Pendedahan ini memberi gambaran menyeluruh tentang aspek pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal yang dilaksanakan di fakulti ini.

 

Secara keseluruhannya, lawatan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara FPV UPM dan UniSZA, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan veterinar di peringkat nasional dan serantau.

 

Sesi perbincangan berlangsung antara dua universiti

 

Fasiliti makmal diperkenalkan secara menyeluruh

 

Tinjauan operasi harian UVH dijalankan

Tarikh Input: 10/04/2026 | Kemaskini: 10/04/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (09:31:11am-09:36:11am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]