FPV Ditangga Ke 60 Terbaik Dunia QS Ranking 2022 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » FPV ditangga ke 60 Terbaik Dunia QS Ranking 2022

FPV ditangga ke 60 Terbaik Dunia QS Ranking 2022

07 April - Dekan FPV merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf Fakulti kerana berjaya meletak Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia ditangga 60 universiti terbaik di dunia dalam bidang sains veterinar bagi penarafan Subject QS Ranking 2022.

"Sesungguhnya pencapaian cemerlang ni merupakan usaha gigih berterusan pihak tuan/puan yang tidak berbelah bagi," katanya yang dipetik dari email beliau kepada seluruh warga fakulti.

Katanya lagi, "Insya Allah, pengurusan Fakulti akan terus mengatur strategi dan pelan tindakan agar Fakulti ini terus unggul dalam semua aspek berkaitan pengajaran & pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional & pengembangan,". Beliau telah menzahirkan iltizam dan kesungguhan bagi memastikan FPV terus megah di persada antarabangsa.

"Marilah kita sama-sama satukan usaha dan bergerak dalam satu pasukan yang padu dalam merealisasikan Matlamat 4 Pelan Strategik Fakulti - meletak Fakulti sebagai institusi terujuk sains veterinar terunggul di rantau ini", katanya sebagai penyuntik semangat seluruh warga untuk terus maju kehadapan.

Syabas dan Tahniah FPV.

Tarikh Input: 07/04/2022 | Kemaskini: 07/04/2022 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETVAS~