Fakulti Menang Emas Malaysia Technology Expo 2019 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Fakulti Menang Emas Malaysia Technology Expo 2019

Fakulti Menang Emas Malaysia Technology Expo 2019

 
 
 
 
 
Kuala Lumpur 23-02-2019 - Fakulti Perubatan Veterinar UPM menang pingat emas di pameran Malaysia Technology Expo 2019 (MTE 2019) yang telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur pada 21.2.2019 – 23.2.2019. Projek bertajuk “Program Kesedaran Penyakit Zoootik Sekolah” diketuai oleh Dr. Mohd Mokrish Md. Ajat telah mendapat pengiktirafan dalam kategori anugerah STEM Innvasi Pengajaran.
 
Projek tersebut telah dibangunkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah tentang penyakit zoonotic. Program tersebut melibatkan elemen “One Health” yang diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Aktiviti-aktiviti yang direncanakan dalam program tersebut memberi pengkhususan aktiviti berorientasikan STEM.
 
Hadiah telah disampaikan oleh Timb. Menteri MESTECC Yg Berhormat Isnaraissah Munirah Majilis. UPM telah memenangi 5 pingat emas, 1 pingat Perak dan 1 pingat gangsa di pameran MTE 2019. - oleh Dr Mokrish Ajat
 
 

Tarikh Input: 28/02/2019 | Kemaskini: 01/03/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXESKAE~