|
Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my SERDANG, 28 Januari – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan “Bengkel Permurnian Manual dan Prosedur UVH 2026” sebagai usaha penambahbaikan berterusan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan operasi Hospital Veterinar Universiti. Bengkel selama dua hari ini berlangsung pada 26 hingga 27 Januari 2026 bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. |
|
![]() |
|
|
Taklimat bengkel oleh pengarah program, Dr. Noorashimah Roslim |
Perbincangan melibatkan beberapa unit |
|
Penganjuran bengkel ini bertujuan menyemak dan memurnikan manual serta prosedur pengurusan UVH agar selaras dengan keperluan operasi semasa dan amalan sebenar yang dilaksanakan di UVH. Penambahbaikan dokumen ini penting bagi memastikan setiap prosedur dan arahan kerja didokumentasikan secara jelas, tersusun dan mudah dilaksanakan, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan veterinar yang lebih sistematik dan berkesan. |
|
![]() |
|
|
Proses buah fikiran Kumpulan Pemeriksaan dan Pengurusan Kes |
Audiens fokus kepada pembentangan |
|
Seramai 27 orang staf UVH terlibat secara langsung dalam bengkel ini, melibatkan penyertaan daripada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan perbincangan yang memberi tumpuan kepada manual UVH dan prosedur utama pengurusan hospital, termasuk penerimaan dan pendaftaran kes, pemeriksaan dan pengurusan kes, diagnostik dan farmasi, kemasukan ke wad, serta urusan pembayaran. |
|
![]() |
![]() |
|
Sesi bergambar untuk hari pertama |
Semangat berpasukan dalam menyiapkan tugasan |
|
Sepanjang bengkel, para peserta mengikuti sesi taklimat, perbincangan kumpulan secara berfokus, pembentangan dapatan serta sesi rumusan. Pendekatan perbincangan secara kolektif ini membolehkan setiap cadangan penambahbaikan diteliti dengan menyeluruh dan diselaraskan berdasarkan keperluan sebenar operasi hospital. |
|
![]() |
![]() |
|
Pertukaran idea antara Dr. Wirdatul dan staf-staf |
Sesi bergambar untuk hari kedua |
|
Melalui penganjuran bengkel ini, UVH terus menzahirkan komitmen dalam memastikan pengurusan hospital dilaksanakan secara konsisten, berstruktur dan berteraskan dokumentasi yang jelas. Usaha ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, pematuhan dan pemilikan bersama dalam kalangan warga UVH, seterusnya menyokong kualiti perkhidmatan veterinar yang ditawarkan kepada pelanggan dan komuniti. |
|
Tarikh Input: 30/01/2026 | Kemaskini: 11/02/2026 | zafarul
