Bengkel Jururawat Veterinar UPM Tekankan Asas Kebajikan Dan Tingkah Laku Haiwan | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Bengkel Jururawat Veterinar UPM Tekankan Asas Kebajikan dan Tingkah Laku Haiwan

Bengkel Jururawat Veterinar UPM Tekankan Asas Kebajikan dan Tingkah Laku Haiwan

SERDANG, 18 Jun – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar dengan kerjasama Hanavet Sdn. Bhd. telah menganjurkan Animal Care: Veterinary Nurse Workshop 2025 bertempat di Bilik Jemaah, dan Bilik Tutorial 12, FPV UPM.

 

Program ini menghimpunkan seramai 60 peserta terdiri daripada pembantu veterinar dan petugas klinik haiwan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam memahami dan mengurus tingkah laku kucing dalam amalan veterinar harian.

 

Bengkel ini memberi penekanan terhadap prinsip ‘Lima Kebebasan Asas Haiwan’ dengan tumpuan khas kepada kebajikan haiwan dan pengendalian kucing berdasarkan tingkah laku semula jadi mereka. Antara objektif utama adalah untuk mengenal pasti tingkah laku normal dan tidak normal serta teknik pengendalian yang berkesan bagi mencegah tekanan dan pengurusan kesakitan kepada haiwan.

 

Antara penceramah yang terlibat termasuk Dr. Syamira Syazuana binti Zaini, Prof. Madya Dr. Chen Hui Cheng, Dr. Nor-Alimah binti Rahman, dan Dr. Ngiow Ee Wen yang membentangkan topik berkaitan amalan klinikal bebas tekanan, penggunaan feromon bagi menenangkan kucing, pembedahan haiwan kesayangan, dan pengurusan kecemasan haiwan kecil.

 

Program ini turut merangkumi sesi bengkel praktikal dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada para penceramah dan rakan strategik.

 

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen FPV UPM dalam memperkasakan pendidikan berterusan dalam bidang veterinar, di samping memperkukuh kolaborasi bersama industri serta meningkatkan tahap kebajikan haiwan di Malaysia.

Tarikh Input: 18/06/2025 | Kemaskini: 15/07/2025 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:41:45am-08:46:45am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]