BCL Sebagai Pemangkin Inovasi Dalam Oftalmologi Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » BCL sebagai Pemangkin Inovasi dalam Oftalmologi Veterinar

BCL sebagai Pemangkin Inovasi dalam Oftalmologi Veterinar

 

SERDANG, 22 Mei – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar dengan kerjasama SEED Contact Lens (Malaysia) Sdn. Bhd., telah menganjurkan Round Table Discussion on Canine and Feline Ophthalmology Case Management yang berlangsung di Bilik Tutorial 11, FPV.

 

Program ini merupakan kesinambungan kepada seminar oftalmologi veterinar yang diadakan sehari sebelumnya, dengan fokus utama kepada perbincangan kes sebenar dan perkongsian pengalaman klinikal dalam pengurusan penyakit mata haiwan kesayangan.

 

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada pegawai akademik, staf bukan akademik, serta pengamal veterinar swasta telah menyertai program ini.

 

Bagi menggalakkan interaksi yang lebih mendalam dan berfokus, program dibahagikan kepada dua sesi kecil bersama penceramah jemputan.

 

Prof. Madya Dr. Ito Norihiko dari Universiti Tottori, Jepun telah menyampaikan sesi perkongsian kepakaran dan demonstrasi berkaitan penggunaan bandage contact lens (BCL) dalam rawatan pasca pembedahan serta pengurusan kes oftalmologi yang kompleks.

 

Menerusi sesi interaktif dan soal jawab, peserta didedahkan kepada kaedah rawatan inovatif yang berpotensi meningkatkan hasil klinikal, sekali gus memantapkan aplikasi teknologi rawatan mata dalam amalan veterinar.

 

Penganjuran program ini menyerlahkan peranan BCL sebagai satu inovasi penting dalam bidang oftalmologi veterinar serta mencerminkan komitmen berterusan FPV UPM dalam memperkasakan kemahiran pengamal veterinar ke arah penjagaan kesihatan haiwan yang lebih canggih, efektif dan berdaya saing.

 

 

Tarikh Input: 23/05/2025 | Kemaskini: 03/06/2025 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (02:05:40pm-02:10:40pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]