Bandage Contact Lens (BCL): Inovasi Terkini Dalam Oftalmologi Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Bandage Contact Lens (BCL): Inovasi Terkini dalam Oftalmologi Veterinar

Bandage Contact Lens (BCL): Inovasi Terkini dalam Oftalmologi Veterinar

 

SERDANG, 22 Mei – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar dengan kerjasama SEED Contact Lens (Malaysia) Sdn. Bhd., telah menganjurkan seminar bertajuk “Seminar on the Role of Bandage Contact Lenses in Veterinary Ophthalmology” yang berlangsung di Auditorium FPV.

 

Seminar ini merupakan inisiatif latihan teknikal yang menghimpunkan seramai 150 peserta terdiri daripada pensyarah klinikal, pegawai veterinar Hospital Veterinar Universiti, serta pengamal veterinar daripada klinik haiwan tempatan.

 

Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan pemahaman para peserta mengenai aplikasi bandage contact lens dalam rawatan ulser kornea pada anjing dan kucing.

 

Selain itu, ia turut memperluas pengetahuan berkaitan pemilihan ubat titis mata yang bersesuaian serta pendekatan klinikal dalam pengendalian kes oftalmologi veterinar.

 

Penceramah utama, Prof. Madya Dr. Ito Norihiko dari Tottori University, Jepun, telah menyampaikan tiga sesi utama merangkumi pengenalan kepada penggunaan lensa sentuh bandage, pertimbangan farmakologi dalam pemilihan ubat mata, dan pengurusan kes oftalmologi secara menyeluruh.

 

Selain sesi kuliah, seminar turut menampilkan sesi soal jawab interaktif dan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada penceramah serta rakan industri yang terlibat.

 

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan FPV UPM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia dan industri, mempertingkat kompetensi klinikal pengamal veterinar dalam oftalmologi, serta merangsang penggunaan teknologi rawatan mata terkini demi kesejahteraan haiwan kesayangan di Malaysia.

 

 

Tarikh Input: 23/05/2025 | Kemaskini: 23/05/2025 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (09:22:46am-09:27:46am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]