Vaksin Untuk Streptokokosis | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» ARTIKEL » Vaksin untuk streptokokosis

Vaksin untuk streptokokosis

Keberkesanan Vaksin Formalin Streptococcus iniae Berasaskan Makanan Merangsang Tisu Limfoid Berkait Usus dan Tindak Balas Imun Tilapia Hibrid Merah

 


Profesor Madya Dr. Md Sabri Mohd Yusof
Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar, Univesiti Putra Malaysia.

Mohammad Hayat, Md Sabri Mohd Yusoff, Mohd Jamil Samad, Intan Shameha Abdul Razak, Ina Salwany Md Yasin, Kim D. Thompson dan Khalil Hasni

Tilapia hybrid merah diberi vaksin oral formalin nyahaktif Streptococcus iniae (FKV) di dalam kajian ini dinilai. Tiga ratus tilapia hybrid merah 80 ± 10 g dibahagikan kepada lima kumpulan (1A, 1B, 2A, 2B, dan Cx), masing-masing terdiri daripada 60 ekor ikan.

Ikan dari Kumpulan 1A, 1B, 2A, dan 2B diberi makan dengan FKV dalam tempoh yang berbeza, sementara Kumpulan 2B adalah satu-satunya kumpulan ikan yang mendapat vaksinasi penggalak oral pada hari ke-14 dan ke-21 selepas vaksinasi pertama. Kumpulan Cx hanya diberi pelet normal yang tidak mengandungi vaksin sebagai kumpulan kawalan.

Pada minggu ke-4 selepas vaksinasi, semua ikan dilawankan dengan jangkitan S. iniae. Kumpulan 2A dan 2B mempunyai tahap kematian terendah setelah vaksinasi (masing-masing 45% dan 30%) berbanding dengan Kumpulan 1A dan 1B (masing-masing 80% dan 55%), sementara tahap kematian dalam Kumpulan Cx adalah 100%.

Semua kumpulan yang diberi vaksin menunjukkan peningkatan yang ketara dalam paras IgM anti-S. iniae (p<0.05) di dalam serum, mukus, dan lavag usus, sementara Kumpulan Cx tidak signifikan (p>0.05) dan semua ikan dalam kumpulan ini mati lima minggu selepas jangkitan diberikan. Kesimpulannya, ikan yang diberi makan dengan S. iniae (FKV) memiliki tahap perlindungan yang lebih baik terhadap jangkitan S. iniae, dengan peningkatan tindakbalas antibodi spesifik terhadap vaksin dan termasuk bukti rangsangan tisu limfoid berkait usus (GALT) oleh vaksin.

 

Kata kunci: vaksinasi oral; Streptococcus iniae; tilapia hybrid merah; IgM; tisu limfoid berkait usus; vaksin oral formalin nyahaktif

KLIK DI SINI untuk artikel penuh :Keberkesanan Vaksin Formalin Streptococcus iniae Berasaskan Makanan Merangsang Tisu Limfoid Berkait Usus dan Tindak Balas Imun Tilapia Hibrid Merah

Tarikh Input: 10/02/2021 | Kemaskini: 22/02/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
B1615171933