AUDIT DALAMAN SWA AKREDITASI 2020 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» AKTIVITI » AUDIT DALAMAN SWA AKREDITASI 2020

AKTIVITI

Tajuk Acara
AUDIT DALAMAN SWA AKREDITASI 2020
Tarikh
24 Sep 2020 - 24 Sep 2020
Masa
01.00 - 01.00
Lokasi
Fakulti Perubatan Veterinar
Ringkasan Acara
Dengan hormat saya merujuk perkara diatas.

Dimaklumkan berikut adalah makluman terkini persediaan Fakulti menghadapi Audit Dalaman Swa Akreditasi pada 24 Sept 2020.

Auditor:
1. Prof. Madya Dr Ong Tze San, SPE
2. Prof. Madya Dr Sabariah Md Rashid, FBMK

Persediaan Auditi:

1. Pensampelan program adalah dalam julat 50% - 80% sampel daripada program prasiswazah dan siswazah. Sekiranya bilangan program adalah sedikit (< 5) maka kesemua program yang ditawarkan akan diaudit.



2. Program Master by Research akan diaudit juga di fakulti.



3. Untuk audit di Fakulti, perlu menyediakan senarai dan peratus (%) pecahan pensyarah bagi setiap kategori (Prof., Prof. Madya dan Pensyarah Kanan) mengikut Jabatan masing-masing.



4. PTJ perlu bersedia sekiranya terdapat dokumen selain daripada yang dinyatakan di dalam SRP sekiranya diminta oleh Juruaudit.



5. Sekiranya terdapat keperluan Juruaudit untuk menyambung audit di PTJ selepas 25 September 2020, Juruaudit boleh terus berhubung kepada PIC PTJ atau melalui sekretariat CQA.



6. Terdapat pertambahan standard baharu oleh pihak MQA yang diterima oleh pihak CQA pada minggu lepas. Standard baharu ini untuk makluman tiada dinyatakan dalam SRP UPM. Walau bagaimanapun, untuk tujuan audit, pihak Juruaudit akan turut membuat pengauditan bagi standard baharu berkenaan. Boleh rujuk lanjut di Panduan Skop Pengauditan di Lampiran.



7. Jadual terkini beserta nama auditor di lampirkan.



Sekian, harap maklum dan atas segala perhatian saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kemaskini:: 21/09/2020 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
B1606312779