ARAHAN PERSEDIAAN TEMUDUGA ATAS TALIAN
Untuk memastikan proses temuduga di atas talian berjalan dengan lancar, calon diminta melakukan persediaan seperti perkara berikut:
- Komputer riba / dekstop ATAU telefon pintar ATAU tablet. (Nota: Penggunaan komputer adalah digalakkan kerana memberikan paparan yang lebih besar serta jelas)
- Perisian "ZOOM" yang telah di muat turun dan dipasang (install) di peranti berkenaan.
- Kamera web (boleh menggunapakai kamera yang sedia ada di peranti masing-masing)
- Mikrofon (boleh menggunapakai mikrofon yang sedia ada di peranti masing-masing)
- Jika boleh elakkan menggunakan wifi. Digalakkan menggunakan kabel internet (jika ada) bagi memastikan internet connection lebih stabil.
- Penting! Calon perlu mematuhi etika pemakaian ketika temuduga. Pakaian perlulah kemas dan tampak profesional. Bagi lelaki, perlu berbaju kemeja dan bertali leher.
- Pastikan persekitaran adalah kondusif (tiada bunyi bising yang keterlaluan) untuk mengelakkan gangguan semasa sesi temuduga.
- Menyediakan sehelai kertas putih bersaiz A4 dan sebatang pen di sisi calon.
- Salinan lembut sijil-sijil peperiksaan dan ko-kurikulum dalam peranti masing-masing (sekiranya diminta untuk tunjuk bukti penglibatan).
Kemaskini:: 02/10/2020 [mjamil]
PERKONGSIAN MEDIA