AUDIT DALAMAN SWAAKREDITASI 2020 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » AUDIT DALAMAN SWAAKREDITASI 2020

AUDIT DALAMAN SWAAKREDITASI 2020

 


PANDUAN SKOP PENGAUDITAN UNTUK AUDITEE
BAGI TUJUAN AUDIT DALAMAN SWAAKREDITASI 2020 (23 Mac – 3 Apr 2020)MAKLUMAT UMUM

>> Jadual Audit Dalaman   

1. COPIA 2018

• MQA telah menambahbaik Kod Amalan Audit Institusi (Code of Practice for Institutional Audit (COPIA)) pada tahun 2018. Kod
Amalan ini diwujudkan sebagai panduan untuk melaksanakan audit institusi secara am, termasuk audit institusi bagi tujuan
penganugerahan status swaakreditasi. Bagi memohon dan mengekal status swaakreditasi, universiti perlu menyediakan dan
menghantar dokumen Self-Review Portfolio (SRP) kepada MQA untuk penilaian.

 

• Dalam COPIA 2018 terdapat empat (4) Bidang Penilaian (Area), dan 17 Sub Bidang, 51 Standard dan 27 Tahap Pencapaian
(Attainment Level). SRP UPM 2020 disediakan dengan merujuk kepada keperluan dalam COPIA 2018 ini.

 

2. Panduan Skop Pengauditan untuk Auditee

• Panduan ini mengandungi skop pengauditan meliputi Bidang Penilaian, Sub Bidang, Standard dan Tahap Pencapaian;
keperluan bukti sokongan, senarai auditee dan juga maklumat utama dalam SRP yang perlu diambil maklum/fahami oleh semua
auditee yang terlibat.


• Skop pengauditan Audit Dalaman Swaakreditasi UPM 2020 adalah berdasarkan keperluan standard dalam COPIA 2018 dan tahap
pencapaian yang diperlukan (LULUS) adalah pada tahap 3. Untuk tujuan pengekalan swaakreditasi ini UPM mensasarkan tahap
pencapaian sekurang-kurangnya pada tahap 4.

 

 Untuk maklumat penuh sila KLIK DISINI


 

 

Kemaskini:: 21/09/2020 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
B1606314313