ARAHAN PERSEDIAAN TEMUDUGA | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » ARAHAN PERSEDIAAN TEMUDUGA

ARAHAN PERSEDIAAN TEMUDUGA

ARAHAN PERSEDIAAN TEMU DUGA

Untuk memastikan proses temuduga berjalan dengan lancar, calon diminta untuk mengambil perhatian berkenaan perkara di bawah:

1) Calon perlu hadir ke sesi temu duga seperti yang telah ditetapkan secara
fizikal di;

Zon Semenanjung: Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia
(UPM), Serdang.
Zon Sabah: Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah.
Zon Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.

2) Calon perlu mematuhi etika pemakaian ketika temuduga. Pakaian perlulah kemas dan tampak profesional. Bagi calon lelaki, perlu berbaju kemeja dan
bertali leher manakala calon perempuan yang memakai skirt perlu di bawah paras lutut, sopan dan profesional;

3) Calon perlu membawa semua dokumen asal seperti surat tawaran, kad pengenalan, sijil/slip keputusan SPM, sijil/slip keputusan MUET, sijil akademik
(STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma), sijil Ko-Kurikulum (peringkat SPM dan yang tertinggi dalam pengajian) dan sebagainya;

4) Calon perlu membuat pendaftaran di Kaunter Pendaftaran Calon Temu Duga yang disediakan mengikut zon (UPM/UMS/UNIMAS);

5) Calon dikehendaki hadir mengikut jadual dan menepati masa yang telah ditetapkan. Calon akan menduduki penilaian bertulis (20 minit) sebelum
temu duga. Tempoh masa temu duga seorang calon adalah selama 15 hingga 20 minit seorang;

6) Calon perlu membawa alat tulis sendiri ke sesi temu duga untuk tujuan kegunaan semasa penilaian bertulis;

7) Penilaian bertulis: Calon akan diberi satu (1) soalan pendek dalam Bahasa Inggeris dan wajib menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris lebih kurang 200
patah perkataan dalam tempoh masa 20 minit. Soalan adalah berbentuk pengetahuan am yang berkaitan dengan personaliti.

8) Hanya Calon sahaja dibenarkan untuk masuk ke kawasan temuduga. Ibubapa/penjaga perlu meninggalkan calon di perkarangan Foyer, Fakulti
Perubatan Veterinar dan tidak dibenarkan berada di dalam kawasan temuduga.

 

 

Kemaskini:: 22/07/2022 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdGA3~