![]() |
|
|
SERDANG, 11 Jun 2026 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Taklimat EKSA dan Bengkel Pemantapan Penilaian Kendiri EKSA FPV 2026 pada 11 Jun 2026 bertempat di Auditorium FPV. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah menghimpunkan warga fakulti yang terdiri daripada wakil zon, ahli jawatankuasa EKSA, bagi memperkukuhkan kefahaman dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat fakulti. Sesi taklimat dan bengkel telah disampaikan oleh Puan Azhana Abdullah, selaku Fasilitator EKSA FPV, yang berkongsi panduan terkini, kaedah pelaksanaan serta aspek penting dalam proses penilaian kendiri EKSA. Turut diketengahkan adalah amalan terbaik yang boleh dilaksanakan bagi memastikan setiap zon sentiasa memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga fakulti menjelang penilaian EKSA serta memastikan pembudayaan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif dapat dilaksanakan secara berterusan. Selain itu, bengkel pemantapan yang dijalankan turut memberi peluang kepada peserta untuk berbincang, berkongsi pengalaman serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam usaha memperkukuh pelaksanaan EKSA di semua zon dan ruang kerja FPV. Melalui program ini, FPV berharap agar budaya kerja berkualiti, sistematik dan berimpak tinggi dapat terus diperkasakan sejajar dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam membentuk persekitaran kerja yang cemerlang, lestari dan berdaya saing. |
![]() |
![]() |
|
|
![]() |
Updated:: 06/07/2026 [zafarul]
