Majlis Penyampaian Sijil Anugerah EKSA FPV 2026 Raikan Komitmen Warga Fakulti | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE vet
» ABOUT US » EKSA FAC. OF VETERINARY MEDICINE » Majlis Penyampaian Sijil Anugerah EKSA FPV 2026 Raikan Komitmen Warga Fakulti

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah EKSA FPV 2026 Raikan Komitmen Warga Fakulti

SERDANG, 7 Julai 2026 – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah EKSA FPV 2026 bertempat di Sudut EKSA FPV pada 7 Julai 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi.

Majlis yang berlangsung dalam suasana ringkas namun penuh bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga fakulti yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan pelaksanaan EKSA serta menyokong inisiatif kelestarian dan amalan hijau di peringkat fakulti.

Majlis turut dihadiri oleh Profesor Dr. Mohd. Hezmee Mohd. Noor, Timbalan Dekan Hospital (TDH), Fakulti Perubatan Veterinar, UPM yang telah menyampaikan sijil penghargaan kepada para penerima anugerah sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen mereka dalam menjayakan agenda EKSA FPV.

Antara kategori penghargaan yang disampaikan ialah:

Pemenang Pertandingan Penjenamaan “Aktiviti Gotong-Royong EKSA”
Pemenang Pengiktirafan EKSA FPV 2026
Penyumbang Program Pengumpulan Minyak Terpakai

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha dan sumbangan warga FPV dalam membudayakan amalan EKSA yang menekankan aspek kebersihan, kekemasan, keselamatan, inovasi serta kelestarian alam sekitar.

Selain menjadi platform penghargaan kepada para penerima, majlis ini turut diharapkan dapat meningkatkan motivasi dan semangat seluruh warga fakulti untuk terus mengamalkan budaya kerja berkualiti, memperkukuhkan semangat kerjasama serta memperkasakan pelaksanaan EKSA secara berterusan.

Jawatankuasa EKSA FPV merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga fakulti yang telah memberikan sokongan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai inisiatif EKSA sepanjang tahun.

 

 

 

 

Updated:: 13/07/2026 [azwaar]

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (11:43:45am-11:48:45am, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]