Sejarah Fakulti | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Sejarah Fakulti

Sejarah Fakulti

Selepas Perang Dunia Kedua, dua orang pelajar muda dari Tanah Melayu dipilih dan dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian veterinar di United Kingdom.

Pada tahun 1950an dan 1960an lebih ramai lagi dipilih untuk pengajian tersebut bukan sahaja di United Kingdom tetapi juga di Australia, Kanada dan New Zealand di bawah biasiswa Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pelan Colombo.

  

Mereka yang pulang untuk menyertai Jabatan Perkhidmatan Haiwan adalah kira-kira 2-3 orang setahun. Ianya semakin membimbangkan bilamana pada tahun 1960an, jumlah mereka amat berkurangan untuk menampung keperluan perkhidmatan terutama apabila pemindahan tanggungjawab sepenuhnya untuk penternakan haiwan berlaku pada tahun 1962.

Pada tahun itu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menyerahkan memorandum kepada Ahli Perancangan Pengajian Tinggi mengenai keperluan pengajian veterinar di Malaya.

Perlunya sebuah sekolah veterinar di Malaya diperbincangkan di Mesyuarat FAO mengenai Haemorrhagic septicaemia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan cadangan tersebut kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Kedua Panel Pakar FAO/WHO mengenai Pengajian Veterinar di Rom pada tahun 1963.

Perkara ini sekali lagi dibincangkan secara umum pada tahun 1968 di Persidangan Tahunan Pertama Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura.

Perdana Menteri waktu itu, YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam ucapan perasmian persidangan, berjanji akan mengkaji persoalan penubuhan fakulti veterinar sekiranya cadangan itu dikemukakan. Justeru itu, satu jawatan kuasa kecil pengajian veterinar telah ditubuhkan oleh Persatuan untuk menangani perkara ini.

Akhirnya satu kertas kerja diserahkan kepada Persatuan Perancangan Pengajian Tinggi yang mana mencadangkan penubuhan Fakulti Veterinar di Universiti Malaya. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil.

Pada tahun 1967, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menerbitkan laporan yang bertajuk Cadangan untuk Perkembangan Industri Ternakan dan Susunan Semula Perkhidmatan Veterinar.

Pada tahun berikutnya, seorang pengajar veterinar yang ternama, Sir William Weipers, dari Sekolah Veterinar Universiti Glasgow telah diundang ke Malaysia oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Persatuan Doktor Veterinar Malaysia-Singapura untuk membentangkan kertas kerja mengenai Veterinary education : A study of the needs of Malaysia and Singapore dalam Persidangan Tahunan Pertama Persatuan di Singapura pada bulan Ogos 1968.

Pada bulan November, dalam tahun yang sama, Kajian Veterinaire telah mengulas dengan panjang lebar mengenai the Case for a Veterinary Faculty in Malaysia.

 

 

Kemaskini:: 10/07/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
B1566541587