Mengenai Kami | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» PERKHIDMATAN » PERPUSTAKAAN PERUBATAN VETERINAR » Mengenai Kami

Mengenai Kami

Ditubuhkan pada 29 November 1999, Perpustakaan Perubatan Veterinar memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan staf akademik, pelajar ijazah tinggi dan penyelidik dari Fakulti Perubatan Veterinar. Perpustakaan ini telah berpindah ke Kompleks Fakulti yang baru pada Oktober 2010. 

Perpustakaan Perubatan Veterinar terletak di Bangunan Akademik, Fakulti Perubatan Veterinar. 

Koleksi Perpustakaan Perubatan Veterinar terdiri daripada buku teks, monograf, jurnal, tesis, kertas soalan di dalam bidang perubatan veterinar.

Perpustakaan ini juga menyediakan buku dan jurnal dalam bentuk elektronik yang boleh diakses melalui Pangkalan Data Elektronik. Maklumat mengenai Koleksi Perubatan Veterinar boleh diakses melalui kemudahan katalog perpustakaan atas talian.

Koleksi

Koleksi Am

Koleksi Am Perpustakaan Perubatan Veterinar yang terdiri dari buku teks dan monograf dalam bidang perubatan veterinar adalah untuk menyokong kegiatan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan Fakulti Perubatan Veterinar.

Koleksi Rujukan

Koleksi rujukan merupakan bahan rujukan seperti kamus, ensaiklopedia, direktori, prosiding dalam bidang perubatan veterinar.

Koleksi Tesis dan Projek Pelajar

Koleksi tesis merupakan tesis pelajar Sarjana dan PhD dari Fakulti Perubatan Veterinar dan Koleksi Projek Pelajar merupakan projek pelajar sarjana muda.

Koleksi CD ROM / DVD

Koleksi ini merupakan CD ROM dan DVD ini berkaitan bidang perubatan veterinar dan juga bidang lain yang menyokong kegiatan pengajaran dan pembelajaran Fakulti Perubatan Veterinar.

Koleksi Pangkalan Data Elektronik

Koleksi ini merupakan koleksi jurnal dan buku yang boleh diakses melalui Pangkalan Data Elektronik. 

Koleksi Kertas Soalan

Koleksi kertas soalan peperiksaan merupakan soalan peperiksaan pelajar Doktor Perubatan Veterinar.

Kemaskini:: 04/12/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEQUA0~