|
Piagam Pelanggan Proses Pengajaran
Prasiswazah
“Kami staf Fakulti
Perubatan Veterinar beriltizam menawarkan
program akademik
bertaraf dunia”
Pelajar
1. Memastikan
pelajar menerima rangka kursus berserta tarikh peperiksaan dan
penerangannya pada hari pertama kuliah/amali diadakan.
2. Memastikan
kandungan kursus, kaedah dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
baik, mesra dan berfokuskan pelajar.
3. Memastikan
pelajar mendapat keputusan dan maklumbalas setiap penilaian daripada
pensyarah dalam masa 2 minggu selepas penilaian diadakan.
4. Menyediakan
Jadual Waktu Bersepadu yang mesra pelajar.
5. Menjamin pelajar
dapat berjumpa pensyarah dalam waktu perundingan yang telah ditetapkan
oleh pensyarah berkenaan.
6. Memastikan
Jadual Peperiksaan Akhir dipamerkan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum
minggu peperiksaan berlangsung.
7. Mengkaji
kurikulum program pengajian setiap lima tahun.
8. Menyimpan rekod
pelajar secara sistematik dan menjamin keselamatannya.
9. Memastikan
bahawa setiap pelajar diberikan Penasihat Akademik (PA), dan perjumpaan
antara PA dengan pelajar dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setiap
semester.
10. Memastikan PA
menguruskan masalah pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh
perjumpaan dengan pelajar
11. Menjamin pelajar
diberi peluang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan latihan
berpasukan dan kepimpinan.
Pensyarah
1. Menyediakan
Jadual Kuliah Bersepadu yang mesra pensyarah.
2. Memastikan
Penilaian Pengajaran dan Pensyarah dibuat dengan telus dan berkesan.
3. Menyedia dan
mengedarkan Jadual Aktiviti Akademik, Penyediaan Kertas Soalan
Peperiksaan Akhir selewat-lewatnya penghujung minggu ke 2 pengajaran.
4. Menyediakan ID
dan kata laluan pensyarah selewat-lewatnya 2 minggu selepas menerima
notis daripada Bahagian Akademik Universiti.
5. Memastikan soalan
peperiksaan akhir dan buku jawapan siap sekurang-kurangnya 5 hari
bekerja sebelum peperiksaan akhir berlangsung.
Am dan
Pihak Luar
1.
Melaksanakan aktiviti-aktiviti akademik menepati masa yang ditetapkan
oleh Universiti.
a) Semua notis diumumkan dalam masa 3 hari bekerja selepas
diterima untuk tindakan
pelajar
b) Menyediakan
semua borang berkaitan untuk tindakan pelajar
satu hari sebelum hari pertama aktiviti.
c) Memproses borang
pengambilan kemasukan pelajar dengan tepat.
d) Menyediakan sumber
maklumat aktiviti akademik dan hal ehwal
pelajar yang lengkap dan terkini.
2. Memastikan semua
surat-surat dan pertanyaan diambil tindakan dan dijawab dalam tempoh 7
hari bekerja.
Piagam Pelanggan Proses Pengajaran
Siswazah
1.
Memproses borang permohonan
pelajar dalam masa 2 minggu selepas penerimaan borang.
2.
Mengambil tindakan ke atas
borang dan dokumen yang diterima dalam masa 2 hari bekerja.
3.
Menyediakan kemudahan
penyelidikan yang memuaskan.
4.
Memastikan kemudahan latihan
yang memuaskan.
5.
Memastikan pelajar dimaklumkan
keputusan setiap penilaian dalam masa 2 minggu selepas penilaian
dijalankan.
6.
Memastikan pelajar
membincangkan prestasi pengajian bersama jawatankuasa penyeliaan pelajar
sekurang-kurangnya sekali dalam semester.
7.
Memastikan semua rekod
disimpan secara sistematik dan selamat.
Piagam Pelanggan Proses Penyelidikan
1.
Memproses borang permohonan
peruntukan penyelidikan dalam masa 2 minggu selepas penerimaan borang.
2.
Menilai laporan tahap kemajuan
penyelidikan dalam masa 2 minggu selepas penerimaan laporan.
3.
Membantu dalam memperolehi
peruntukan penyelidikan Strategic Research (SR) dan Priority
Research (PR).
4.
Menyediakan kemudahan
penyelidikan yang memuaskan.
5.
Menyediakan saluran
strategic alliances.
6.
Memastikan semua rekod
disimpan secara sistematik dan selamat.
Piagam Pelanggan Proses Universiti
Hospital Veterinar
“Kami, staf Hospital
Veterinar Universiti beriltizam akan memberikan perkhidmatan berkualiti,
penjagaan dan rawatan haiwan yang cekap dengan kemudahan yang perlu”
1. Memastikan masa
menunggu untuk:
·
Pendaftaran adalah dalam
tempoh 10 minit.
·
Pemeriksaan doktor (kes
temujanji) dalam tempoh 30 minit.
·
Pemeriksaan doktor (kes harian)
adalah berdasarkan sesiapa yang datang dahulu.
2.
Mengambil tindakan ke atas
perkhidmatan klinik bergerak untuk:
·
Kes-kes kecemasan dengan
segera atau dalam tempoh 24 jam.
·
Kes-kes bukan kecemasan dengan
secepat mungkin atau dalam tempoh 3 hari bekerja.
·
Program kesihatan gerompok
dalam tempoh 3 hari bekerja.
3. Menyediakan
keputusan makmal berkaitan berdasarkan permintaan.
4. Memastikan keputusan
makmal akan dikeluarkan dalam masa yang ditetapkan, seperti berikut:
|
·
Assai PCR untuk penentuan virus
“White Spot” udang |
2 hari |
|
·
Biopsi (patologi) |
2 minggu |
|
·
Hematologi dan biokimia
klinikal |
2 hari |
|
·
Pengasingan dan pengenalpastian
|
|
|
i.
Bakteria lazim |
5 hari |
|
ii.
Bakteria lazim termasuk ujian
kepekaan antibiotik |
5 hari |
|
iii.
Dermatofit |
4 minggu |
|
iv.
Kampilobakter dan Salmonella
|
6 hari |
|
v.
Mikobakteria |
1 bulan |
|
vi.
Mikoplasma |
1 minggu |
|
vii.
Sporotrik |
5 hari |
|
viii.
Virus |
7 minggu |
|
ix.
Virus (pengenalpastian sahaja) |
3 minggu |
|
·
Pengiraan jumlah bakteria &
koliform |
2-4 hari |
|
·
Pengiraan jumlah cacing |
3 hari |
|
·
Post mortem kasar |
2 hari |
|
·
Post mortem sepenuhnya |
4 minggu |
|
·
Saringan kesihatan ikan |
4 minggu |
|
·
Saringan parasit darah |
2 hari |
|
·
Saringan telur tinja |
2 hari |
|
·
Serologi (virologi) |
2 minggu |
|
·
Sitologi |
1 minggu |
Nota: Sekiranya anda
mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hubungi pegawai
tadbir kami yang mesra
Piagam Pelanggan Proses Pendidikan
Berterusan
1. Memaklumkan
keputusan permohonan/cadangan latihan dalam jangkamasa 2 minggu selepas
permohonan diterima.
2. Memastikan
maklumbalas penanguhan atau pembatalan latihan dibuat sekurang-kurangnya
7 hari bekerja sebelum tarikh latihan dijalankan kepada peserta.
3.
Memastikan kandungan latihan
memenuhi keperluan peserta.
4.
Memastikan pengajar latihan
memenuhi keperluan kepakaran.
5.
Memastikan tempat latihan
memenuhi keperluan latihan.
6.
Menyediakan kemudahan latihan
yang memenuhi keperluan latihan.
Piagam Pelanggan Proses Perundingan
1.
Memastikan kelulusan kontrak
perundingan dibuat dalam jangkamasa 3
hingga 6
bulan selepas penerimaan permohonan, berdasarkan keperluan
projek
perundingan.
2.
Memastikan kandungan jadual
kerja perundingan memenuhi keperluan
pemohon.
3. Memastikan
perunding memenuhi keperluan kepakaran.
4.
Memastikan kerja perundingan
dijalankan dengan memuaskan.
5. Menyediakan
kemudahan perundingan yang memuaskan.
6. Memastikan semua
rekod disimpan secara sistematik dan selamat.
Piagam Pelanggan Proses Pengurusan
1.
Mengambil tindakan untuk
pengisian jawatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
2.
Memastikan pegawai menerima
latihan sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua tahun.
3.
Mengambil tindakan ke atas
surat dan pertanyaan yang diterima dalam masa 2 hari bekerja.
4.
Memanjangkan dokumen lengkap
kepada pihak luar Fakulti dalam masa 3 hari bekerja.
5.
Memastikan semua rekod
disimpan secara sistematik dan selamat.
6.
Memberi maklumbalas terhadap
tindakan yang akan diambil ke atas aduan rasmi dalam masa 3 hari bekerja.
7.
Menyedia saluran untuk pelajar
dan staf memberi maklumbalas berkaitan perkhidmatan yang ditawar oleh
Fakulti.
8.
Membuat promosi aktiviti
Fakulti sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
9.
Memastikan audit dalaman
dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Piagam Pelanggan Proses
Perkhidmatan Sokongan
Kewangan
1. Mengambil
tindakan ke atas permohonan pembelian melalui borang pesanan yang
lengkap dan lain-lain dalam masa 7 hari bekerja.
2. Mengambil
tindakan ke atas tuntutan lain melalui borang tuntutan yang lengkap
dalam masa 7 hari bekerja.
3. Memastikan
spesifikasi dan laporan yang lengkap untuk kelulusan dan pembukaan
sebutharga diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.
4. Mengambil
tindakan ke atas pendaftaran sebutharga/tender yang lengkap dalam masa 7
hari bekerja.
5. Memastikan
dokumen sebutharga dan/atau tender diserahkan kepada pemohon untuk
tindakan dalam masa 7 hari.
6. Memastikan
penyediaan baucer pembayaran disediakan dalam masa 10 hari selepas
menerima pesanan belian, invois, nota hantaran dan dokumen-dokumen lain
yang lengkap.
7. Memastikan
ulasan pelupusan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk
kelulusan.
Pembangunan/Infrastruktur
1. Menyediakan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
2. Menyediakan
kemudahan dan persekitaran kerja yang kondusif.
3. Mengambil
tindakan ke atas aduan mengenai bekalan & kerosakan infrastruktur dan
prasarana dalam masa 3 hari bekerja.
4. Mengambil
tindakan ke atas aduan kerosakan peralatan yang memerlukan khidmat
luaran dalam masa 14 hari bekerja, tidak termasuk urusan kewangan.
5. Mengambil
tindakan ke atas aduan kerosakan peralatan yang
memerlukan
khidmat dalaman dalam masa 7 hari bekerja.
6. Mengambil
tindakan ke atas permohonan penggunaan peralatan sokongan pengajaran
seperti alat pandang dengar dalam masa 3 hari bekerja.
|