VET 002 - Rat Strainer Menang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Teknikal HKIP 2019 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » VET 002 - Rat Strainer Menang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Teknikal HKIP 2019

VET 002 - Rat Strainer Menang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Teknikal HKIP 2019

SERDANG 22 November : Fakulti Perubatan Veterinar telah berjaya merangkul hadiah Naib Johan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Teknikal di Majlis Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan UPM 2019, di sini.

Ismail Md Shairi, Ketua ARF VET Group yang mempertaruhkan alat VET 002 - Rat Strainer, berkata alat tersebut telah memudahkan kerja-kerja mengendalikan tikus makmal yang dibiak untuk tujuan komersil untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti penyelidikan.

“Saya tidak sangka, alat yang dicipta untuk memudahkan kami memegang tikus untuk diambil sampel darahnya berjaya mendapat perhatian juri”, katanya.

Ismail, bersama-sama rakan sekerjanya iaitu Zainuddin Ibrahim, Nur Hilman Hashim, Mohd Azmil Sahdun dan Ludinata Misnun telah menerima hadiah wang tunai RM1,000, sejambak bunga dan sijil penyertaan.

Dalam pada itu, FPV turut unggul sebagai satu-satunya Fakulti yang berjaya menyenaraikan 2 produk sekaligus daripada 10 produk terbaik bagi kategori teknikal tersebut. Alat VET 001 - Garuda Gripper yang dicipta oleh Kumpulan Vet Garuda yang dianggotai oleh Mohd Aizat Mohammad (Ketua), Ludinata Misnun, Shahrul Fitri Mohd Yusop dan Mohd Alif Hairullah Abdul Manaf turut disenaraikan sebagai 10 calon terbaik anugerah tersebut.

   

Date of Input: 27/11/2019 | Updated: 30/11/2019 | ayna

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEUAAp~