Tahniah VLSU !! Dapat Perakuan & Pensijilan Makmal Swasta Dari JPV | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Tahniah VLSU !! Dapat Perakuan & Pensijilan Makmal Swasta Dari JPV

Tahniah VLSU !! Dapat Perakuan & Pensijilan Makmal Swasta Dari JPV

 
Mei 2020 : Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar (VLSU),  telah mendapat perakuan dan pensijilan sebagai Makmal Swasta Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 
 
Berita gembira ini dikongsikan oleh Pengerusi VLSU Profesor Dr. Latiffah Hassan melalui email beliau kepada seluruh warga VLSU dan warga FPV. Beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh warga VLSU yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti sehingga mendapat pengitirafan dari JPV.
 
Dalam teks melalui email beliau berkata, "Semoga  dengan perakuan ini perkhidmatan yang kita berikan akan lebih dikenali dan membantu menambahkan dana untuk menjamin kelestarian VLSU",  Sekalung tahniah dan terima kasih di atas usaha semua konsultan dan pegawai di dalam menjayakan aktiviti di VLSU dari mula penubuhan VLSU sehingga kini".
 
Beliau juga mengajak seluruh warga FPV berdoa di atas kejayaan,  "Sama sama kita doakan kejayaan VLSU walaupun buat masa ini aktiviti kita sedikit terkesan akibat pandemik Covid 19. Insya Allah ada hikmah di sebalik semua ketentuan", katanya.
 
Tidak lupa juga beliau menitipkan ucapann "Stay Safe" serta Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua,
 

Date of Input: 19/05/2020 | Updated: 19/05/2020 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdEAv~