SYABAS! Gemilang 4 (G4) Menang Tempat Ketiga Pertandingan Koir HKIP 2019 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » SYABAS! Gemilang 4 (G4) Menang Tempat Ketiga Pertandingan Koir HKIP 2019

SYABAS! Gemilang 4 (G4) Menang Tempat Ketiga Pertandingan Koir HKIP 2019

SERDANG, 22 November : Kumpulan gabungan dari Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Institut Biosains (G4), telah memenangi tempat ketiga Pertandingan Koir sempena Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2019.

Ahli kumpulan koir G4 yang terdiri daripada pelbagai peringkat skim jawatan 3 PTJ UPM, berganding bahu untuk memeriahkan lagi sambutan HKIP UPM 2019. Kumpulan G4 terdiri daripada pegawai akademik, pentadbir, pegawai veterinar dan staf pelaksana daripada pelbagai peringkat jawatan.

Ketika ditanya mengenai kesempatan latihan yang dijalankan, Ketua kumpulan Koir G4, Ludinata Misnun berkata, dalam kesibukan kerja hakiki, mereka menjalankan latihan secara intensif hampir setiap hari selama satu (1) bulan pada sebelah petang selepas waktu bekerja.

“Kami percaya, kamilah satu-satunya kumpulan yang menggunakan teknik empat (4) suara iaitu Soprano, Alto, Tenor dan Bass dalam pertandingan tadi”, kata Dr. Azalea Hani Othman, penggubah vokal dan konduktor G4.

Lagu berentak patriotik dengan gubahan muzik ala orkestra tersebut telah mendapat perhatian juri yang diketuai oleh Perunding dan Guru Vokal terkenal Malaysia iaitu Puan SIti Hajar yang pernah menjadi Guru Vokal Rancangan Terbitan Astro: Akademi Fantasia.

Lagu ‘Putra Inovasi’ yang dinyanyikan oleh Kumpulan G4 dicipta secara bersama oleh Ludinata Misnun (FPV) dan Khairul Danial (PKKSSAAS). Manakala liriknya ditulis oleh Musliyana Mansor (IBS).

G4 telah menerima hadiah wang tunai RM200.00 dan sijil penyertaan daripada Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM, di sini.

Dalam perkembangan lain, Kumpulan G4 juga telah dinobatkan sebagai Naib Johan pertandingan Delegasi Kreatif sempena HKIP 2019.

Video persembahan Kumpulan GEMILANG 4 : PUTRA INOVASI

PUTRA INOVASI

Pencipta Lagu : Rudy Ludinata & Khairul Daniel 


Penulis Lirik : Musliyana Mansor


Gubahan Vokal & Konduktor: Dr. Azalea Hani Othman

Verse 1:
Inovasi mengilham, masa depan gemilang, 
Tingkatkanlah potensimu, cipta kecemerlangan, 
Pemikiran kreatif, UPM terbilang,
Memacu ekonomi, dunia tanpa sempadan

Verse 2:
Inovasi mengilham, masa depan gemilang, 
Tingkatkanlah potensimu, cipta kecemerlangan, 
Budayakan inovasi, sentiasa berbakti, 
Tingkatkan jati diri, demi ibu pertiwi

Bridge:
Proaktif, tetapkanlah matlamat ini 
Mantapkanlah, misi dan visi 
Teruskan maju
Berilmu! Berbakti!

Chorus:
Inovasi mengilham, masa depan gemilang, 
Tingkatkanlah potensimu, cipta kecemerlangan, 
Budayakan inovasi, sentiasa berbakti, 
Tingkatkan jati diri, demi ibu pertiwi

Bridge:
Proaktif, tetapkanlah matlamat ini 
Mantapkanlah, misi dan visi 
Teruskan maju
Berilmu! Berbakti!

Chorus:
Inovasi mengilham, masa depan gemilang, 
Tingkatkanlah potensimu, cipta kecemerlangan, 
Budayakan inovasi, sentiasa berbakti, 
Tingkatkan jati diri, demi ibu pertiwi

Verse 2:
Inovasi mengilham, masa depan gemilang, 
Tingkatkanlah potensimu, cipta kecemerlangan, 
Budayakan inovasi, sentiasa berbakti, 
Tingkatkan jati diri, demi ibu pertiwi 
Pertiwi!

Senarai Nama Ahli Kumpulan Koir HKIP 2019

SENARAI NAMA AHLI TERKINI:
1. A04232 - Ludinata Misnun, Ketua Penolong Pendaftar 
2. A03957 - Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin - Prof. Madya
3. A03705 – Prof. Madya Dr. Intan Shameha Abdul Razak - Prof. Madya
4. A04407 - Dr. Mark Hew Wen Han, Pensyarah Kanan
5. A04296 - Dr Siti Nur Iqmal Ibrahim - Pensyarah Kanan
6. KA4755 - Dr Nur Asyikin Haron - Pegawai Veterinar
7. KA4814 - Dr Azim Salahuddin bin Muhammad - Pegawai Veterinar
8. A04287 - Dr Syahirah Ahmad Affandi – Pegawai Veterinar 
9. A02272 - Musliyana Mansor, Pegawai Sains
10. NA6678 - Muhammad Amirul Hakim Bin Shamsul, Penolong Pegawai Veterinar
11. NA6004 - Puan Fatin Shahira Mohd Zaini, Pembantu Tadbir
12. NA5511 - Cik Noor Nashrin Arlina Anas, Pembantu Tadbir
13. K04934 - En Muhammad Nur Iman bin Aminuddin, Pembantu Veterinar
14. NA6221 - Cik Farihana Mohd Minal, Pen. Peg. Farmasi
15. NA6654 - Cik Ayna Marliana Mohd Sari, Pen. Peg. Tadbir
16. NA6786 - Mohd Aizat Mohammad , Pembantu Operasi
17. NA6834 - Nurul Dalila Sazali, Pembantu Tadbir
18. T02003 – Dr. Azalea Hani Othman, Tutor

Date of Input: 28/11/2019 | Updated: 28/11/2019 | ayna

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEZRAQ~