Serdang, 5 April – Bersempena dengan sambutan untuk mengimarahkan bulan Ramadan 1444H, Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah berjaya menganjurkan ‘Program Ihya’ Ramadan Bubur Lambuk. Program yang bertema ‘Bersedekah dan Beramal Bersama’ ini mendapat sokongan dan sumbangan yang amat baik daripada warga FPV.
Bertempat di Kafe Fakulti Perubatan Veterinar, sebanyak 10kg bubur lambuk telah disediakan secara bergotong-royong, bermula daripada penyediaan bahan masakan sehinggalah kepada agihan bubur lambuk kepada warga FPV yang terdiri daripada staf, pelajar prasiswazah dan siswazah.
Pengerusi KSRV, Prof. Madya Dr Hasliza Abu Hassim amat terharu dengan sambutan program ini dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan Ahli Pengurusan dan warga FPV. Beliau berharap agar program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
https://photos.google.com/share/AF1QipPIsRvmGRw35RcIfFoVGnvsX5bMsHmSapSawf8--xoLn8dR15t-aosXcOAMUjAN-g?key=a0t1a3VBMkU1Q21lOTN3ck8wSVNmZ0dxT1ZmbnJn
Date of Input: 07/04/2023 | Updated: 07/04/2023 | m_nazmi