Postgraduate Open Day & Exhibition | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Postgraduate Open Day & Exhibition

Postgraduate Open Day & Exhibition


Serdang - JEMPUTAN KE UPM POSTGRADUATE OPEN DAY & EXHIBITION 2013 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Postgraduate Open Day & Exhibition 2013 pada 3 – 5 Mei 2013 (Jumaat – Ahad), bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM. Program ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar dan orang awam untuk melanjutkan pengajian di UPM khususnya program dalam bidang yang diminati. Bagaimanapun, walaupun program ini menawarkan program pengajian postgraduate, UPM juga akan membuka booth dan menawarkan program pengajian diploma dan bacelor. Antara pengisian utama program ini ialah sesi taklimat penawaran program pengajian UPM, biasiswa, lawatan kampus termasuk lawatan ke fakulti, sesi cabutan bertuah dan taklimat kepakaran dan perkongsian ilmu oleh pakar-pakar penyelidikan UPM dalam bidang pertanian, kejuruteraan, sains sosial, teknologi maklumat, ekonomi, sesi taklimat tentang cara penulisan resume dan sesi cabutan bertuah. Sehubungan itu, bagi menjayakan Postgraduate Open Day & Exhibition, Jawatankuasa Penganjur berbesar hati menjemput semua warga kampus dan menghebahkan jemputan tersebut kepada pelajar dan staf di PTJ masing-masing. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :- En. Mohd Firdaus Zakaria Penolong Pendaftar Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Tel : 03-89472012 / 03-89466154 Faks : 03- 89487273 / 03-89422609 Emel : mz_daus@putra.upm.edu.my Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih. Bersama-sama ini dilampirkan Poster Program berkenaan untuk hebahan dan perhatian semua warga kampus.




Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
Faculty of Veterinary Medicine
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
 
+603 9769 3888
 
+603 9769 1971
 

SXDdVAn~