12 NOVEMBER : Telah berlangsungnya satu majlis menandatangani MOU di antara UPM-MIG DAIRY FRESH SDN BHD. Majlis ini di saksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang dan YB Exco Pertanian YAB Timb Menteri Luar Bandar . MoU ini merangkumi perjanjian kerjasama penyelidikan dan pembangunan ladang lembu wagyu di Pahang serta penganjuran bersama aktiviti dia antara UPM dan MIG Dairy Fresh Sdn Bhd.
Selain itu perjanjian kerjasama ini turut melibatkan aktiviti pembangunan pelajar dan staf serta pertukaran maklumat dan fasiliti diantara kedua pihak. Projek usahama UPM dan MIG dairy Fresh Sdn Bhd ini diharap dapat membangunkan industri ternakan dan tenusu negara.
Ahli dari fakulti yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada , Ybhg Prof Dr Abdul Rahman- Dekan , Ybhg Prof Dr Md Zuki- Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah , Dr. Mohd Shahrom Salisi - Pensyarah Kanan selaku ketua projek , Dr Norhariani Mohd Noor - Pensyarah Kanan FPV dan Puan Aida Zakaria - Pegawai Penyelidik .
Date of Input: 14/11/2022 |
Updated: 14/11/2022 | mjamil