Mohd Aizat Menang Anugerah Idea Inovasi (Idea Terbaik) HKIP 2019 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Mohd Aizat Menang Anugerah Idea Inovasi (Idea Terbaik) HKIP 2019

Mohd Aizat Menang Anugerah Idea Inovasi (Idea Terbaik) HKIP 2019

      
 
Serdang, 22 November: Mohd Aizat Mohammad dari Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar telah berjaya memenangi Anugerah Idea Inovasi (Idea Terbaik) HKIP 2019 iaitu menduduki tiga (3) tempat teratas dalam kategori tersebut. 
 
Aizat ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah berkata, Alat Vet 003 - Capybara Care Clinic ialah kit mudah alih pelbagai guna yang bertujuan untuk dijadikan kit penyimpanan alat radas, alat mengekang serta papan pembedahan bagi merawat dan melakukan pembedahan kecil ke atas haiwan makmal. 
 
“Saya mendapat idea ini setelah melihat kesukaran untuk mengendalikan haiwan makmal yang boleh memberi risiko jangkitan penyakit kepada staf yang mengendalikannya. Kit mudah alih ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos ketika mengendalikan haiwan makmal seperti tikus”, katanya.
 
Pemenang bagi kategori ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00, sejambak bunga dan sijil penyertaan.
 

Date of Input: 30/11/2019 | Updated: 30/11/2019 | ayna

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdOAF~