| FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
senarai pengumuman terkini

Assalamualaikum wbt,

 

Dimaklumkan akan berlaku gangguan rangkaian Internet di FPV bermula jam 5 petang hingga 6 petang pada hari ini.

 

Gangguan berlaku adalah disebabkan kerja-kerja penggantian UPS di bilik rangkaian utama Aras 1 di Blok Pentadbiran, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

 

Semoga tuan/puan dapat merancang penggunaan Internet pada masa tersebut.

 

Sekian, harap maklum.

YBhg. Prof./Dato'/Datin Paduka/Tuan/Puan
 
 
Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan Juru X Ray, U29 sebagaimana maklumat lanjut yang dilampirkan.

KLIK DI SINI - untuk maklumat berkaitan jawatan

KLIK DI SINI - untuk muatnaik borang jawatan kosong
 
Sekian, terima kasih.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit UPM menganjurkan pertandingan seperti di atas sempena Program Bulan Kesejahteraan Diri: Perangi Dadah Habis-Habisan. Pertandingan ini terbuka untuk seluruh warga kampus UPM.

2. Sehubungan itu, pegawai dan pelajar adalah dijemput menyertai pertandingan ini. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan pertandingan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, boleh menghubungi pegawai berkaitan daripada Penerbit UPM iaitu Puan Nur Ain Jumari (03-89468429) atau Puan Sahariah Abdol Rahim (03-89468854).

Kerjasama dan perhatian berhubung perkara di atas amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 

Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organised a seminar on  "40th Seminar on Recent Advances in Animal Health and Production" The details of the seminar are as follow:

 

Date                             : 09th June 2017 (Friday)

Time                            : 8.30 am – 5.00 pm 

Venue                         : Auditorium, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Registeration Link    : https://goo.gl/forms/0AlVBtwH8E9eN0UW2

 

For further information, please refer to the brochure as attached. Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 02nd June 2017 (Friday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who might be interested to attend.

Tahniah buat Dr Hasliza Abu Hashim atas kemenangan

Anugerah Fellowship Naib Canselor ( Kategori Pengajaran)  -

Anugerah Pengajar Muda (Kesihatan)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak KSRV akan menganjurkan program larian "Fun Run Vet 2017" pada 30 September 2017 (Sabtu) di Bukit Ekspo, UPM. Program ini adalah merupakan salah satu aktiviti sukan yang telah ditetapkan dalam Takwim KSRV 2016-2017.
 
Sehubungan dengan itu, kami pihak KSRV menjemput dan mengalu-alukan penyertaan daripada warga Fakulti untuk bersama-sama memeriahkan program ini.   Sekiranya ada yang berminat sila lengkapkan borang penyertaan atau daftar online .  Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran Race Kit sebanyak RM30.00.
 
Bersama-sama ini disertakan juga Poster berkaitan program "Fun Run Vet 2017" untuk makluman dan tindakan  YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan.
 
Pihak KSRV amat berharap agar program ini mendapat sokongan dan penyertaan menggalakkan daripada warga Fakulti sekalian.
 
Let's run and have fun together!! 
 
'SOKONGAN SEMUA KEJAYAAN BERSAMA'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat Naib Canselor UPM akan mengadakan Majlis Penyerahan Ayam 'Onagadori' iaitu hadiah dari Mr. Yutaka Aso  kepada UPM pada:-
 
Tarikh: 19 September 2017 (Selasa/Esok)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Ruang Foyer, FPV
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke majlis tersebut di atas.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Mohd Zamri Saad, Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar telah dinaikkan gred dari jawatan Profesor Gred Khas B (VK6) ke jawatan Profesor Gred Khas A (VK5) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017.
 
Tahniah Prof.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk emel dari En. Muhammad Akees sebentar tadi mengenai perkara di atas..
 
Dimaklumkan bahawa Program Hari Keluarga FPV 2017 yang dijadualkan pada 25 November 2017 (Sabtu) telah ditukar dan ditetapkan pada 2 Disember 2017 (Sabtu) di Pusat Sains Marin UPM, Port Dickson.
 
Pihak KSRV memohon maaf di atas kesulitan yang timbul.  Ini adalah kerana tempat tersebut tiada kekosongan pada tarikh yang dipilih.  Sehubungan dengan itu, mohon YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan dapat memberi maklumbalas pada google form yang telah disediakan sebelum/pada 6 November 2017 bagi memudahkan pihak kami untuk menganggarkan penyediaan makanan. 
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
SOKONGAN ANDA KEJAYAAN BERSAMA

Salam Sejahtera Warga Fakulti Sekalian. Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu....

 
Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga dengan pesta cahaya tahun ini, menguatkan lagi hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan perpaduan sesama kita semua....
 
Bagi rakan-rakan yang lain, KSRV ingin mengucapkan selamat bercuti panjang pada minggu ini. Ambil lah peluang keemasan cuti ini bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan. Semoga hubungan silaturrahim kita semua berkekalan hingga ke akhirnya.......
 
Inline image 1 Inline image 2      
 
Sedapnya murukku!!!
 
Terima Kasih,
Fendi
KSRV 2016/2017

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Mohd Hair Bejo telah dilantik semula sebagai Dekan FPV bagi tempoh 2 tahun mulai 29 Okt. 2017.
 
Manakala Prof. Madya Dr. Zunita Zakaria telah dilantik semula sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) FPV bagi tempoh 2 tahun mulai 1 Nov. 2017.
 
Tahniah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato/Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa emak kepada Pn. Wan Nur Ayuni Wan Noor, Penolong Pegawai Sains di Makmal Viro JDMV dikhabarkan meninggal dunia pagi tadi akibat kompilasi kanser.  Solat jenazah akan dilakukan di Masjid UPM selepas asar.
 
Takziah kepada beliau dan keluarga.
 
Al-Fatihah.
Salam sejahtera,
 
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara diatas.
 
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Majlis Ikrar dan Penyampaian Hadiah FPV ke-40 seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 4 November 2017 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Auditorium FPV
 
Bersama ini saya majukan juga atur cara majlis untuk makluman dan rujukan lanjut.
 
Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dijemput dengan penuh takzim untuk hadir bersama-sama meraikan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
 Untuk Aturcara Majlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM  di atas penganugerahan Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Tahun 2017 pada 11 November 2017. Maklumat darjah kebesaran ialah seperti berikut:

Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka)

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K)

yang membawa gelaran Dato’

Sekian, terima kasih

 

Pengarah

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, 
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan, 
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas. 
 
2.   Sukacita saya ingin menarik perhatian YBhg. Dato'/Datuk/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan bahawa YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia telah melantik semula YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris sebagai Naib Canselor UPM untuk tempoh dua (2) tahun, berkuatkuasa  mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019.
 
Semoga maklumkan ini mendapat perhatian seluruh warga kampus. 
 
Sekian, terima kasih. 
 
 
 
Pengarah
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
UPM
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
Dimaklumkan bahawa pihak Fakulti akan mengadakan Majlis Hari Warga Fakulti Ke-79 pada:-
 
Tarikh: 8 Disember 2017 (Jumaat)
Masa: 2.45 petang
Tempat: DKVA, FPV
 
Sehubugan dengan itu, YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir sebagaimana butiran di atas.v

Para pelanggan yang dihormati,

Hospital Veterinar Universiti (UVH) tidak akan beroperasi pada 29 & 30 Disember 2017 (Jumaat & Sabtu) disebabkan oleh kerja-kerja Penyahkuman. UVH akan beroperasi semula seperti biasa pada 2 Januari 2018 (Selasa).

[Klik Di sini : Paparan Notis Makluman]

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, Terima Kasih

Assalamualaikum wbt. & Greetings.

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Mr./Mrs./Ms.,

 

World Poultry Science Association (WPSA) - World Veterinary Poultry Association (WVPA) (Malaysia Branch) in collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the Scientific Conference 2018 with the theme “Enhancing Poultry Health and Production for Sustainable Poultry Industry” The details of the conference is as follows:

 

 

Date                                     : 18th April 2018 (Wednesday) & 19th April 2018 (Thursday)

Time                                    :  8.15 am – 1.00 pm 

Conference Programme    :  Scientific Conference

Venue                                  :   Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)  & Faculty of Veterinary Medicine, UPM  

Link                                     :  https://goo.gl/forms/iaT0IODfsXL6rUEp1 

 

Date                                    :   18th April 2018 (Wednesday) & 19th April 2018 (Thursday)

Time                                    :  8.15 am – 6.00 pm 

Conference Programme   :  Scientific Conference & Workshop

Venue                                 :  Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) & Faculty of Veterinary Medicine, UPM  

Link                                     :  https://goo.gl/forms/iaT0IODfsXL6rUEp1 

 

 

Date                                    :   19th April 2018 (Thursday)

Time                                    :  8.15 am – 6.00 pm 

Conference Programme   :  Day Registeration at KLCC

Venue                                 :  Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Link                                     :  https://goo.gl/forms/iaT0IODfsXL6rUEp1 

 

 

For further information, please refer to the form via the link and brochure as in the attached file. Kindly completing the google form and indicate your attendance by sending your details to wpsawvpa2018@gmail.com latest by 09th March 2018 (Friday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who might be interested to attend.

 

Thank you.

 

 

 

"With Knowledge We Serve"

UPM’s PRO-Kasih help stray dogs find owners

TheSunDaily

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM)'s Projek Pengkasian Haiwan Terbiar (PRO-Kasih) for neutering stray animals has been creating a safe haven for stray dogs.

The project carried out by the university's Faculty of Veterinary Medicine aims to reduce and control the population of stray dogs through neutering.

UPM Dean of the Faculty of Veterinary Medicine, Professor Dr Mohd Hair Bejo said the project also involved educating the public on the issue of stray animals in the country.

 

UPM’s PRO-Kasih help stray dogs find owners

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Sains, Gred C29 (Kontrak) bagi penempatan di Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar sebagaimana maklumat lanjut dilampirkan Klik Disini
 
 
Tarikh Tutup: 28 Mac 2018
 
Sekian, terima kasih.

Salam Sejahtera,

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa operasi Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti akan ditutup kepada awam pada 1 Mei 2018 (Selasa) sempena Sambutan  Hari Pekerja 2018. Hospital Veterinar Universiti akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Mei 2018 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the “41st Seminar on Recent Advances in Animal Health and Production". The details of the seminar are as the following:

 

Date                             : 25th May 2018 (Friday)

Time                            : 8.30 am – 5.00 pm 

Venue                         : Auditorium, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Fees                            : RM 65

Registration Link       : https://goo.gl/forms/pd06J2fKKpFnCSlt1

CPD Points                   : 20 CPD Points 

 

Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 18th May 2018 (Friday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who may be interested to attend.

Assalamualaikum wbt. & salam sejahtera.
 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk seperti perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2018, Makmal & Kaunter VLSU akan ditutup bermula 13 Jun 2018 (Rabu) hingga 19 Jun 2018 (Selasa).
 
Makmal & kaunter VLSU akan beroperasi semula pada 20 Jun 2018 (Rabu).
 
Sekian makluman, terima kasih.
Salam Sejahtera Warga Fakulti Sekalian,
 
KSRV akan mengadakan sedikit kelainan bagi Pertandingan Pejabat Tercantik sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Fakulti, di mana semua Pejabat akan mempertandingkan booth bersama hiasan masing-masing di Foyer Fakulti.
 
Berikut adalah butir-butir pertandingan:-
 
Tarikh pertandingan: 6 Julai 2018 - Jumaat (Sempena Hari Warga Fakulti)
Tarikh mula hias: 2 hingga 5 Julai 2018. 
Masa penjurian: 10.00 -11.30 pagi 
Tempat: Foyer Fakulti (Sila rujuk lampiran bagi tapak booth yang telah diundi sebelum ini).
Konsep: Perayaan, perpaduan dan kepelbagaian makanan (potluck ahli Jabatan)
 
Booth (pejabat) akan dinilai oleh juri-juri yang merupakan alumni fakulti. Keputusan bagi merebut Piala Pusingan Dekan akan diumumkan ketika Hari Warga Fakulti yang berlangsung pada jam 3 petang, tarikh yang sama iaitu 6 Julai.
 
Pihak KSRV berharap dengan kelainan aktiviti pada tahun ini, ianya mendapat sokongan penuh dari seluruh warga fakulti, di mana objektif utama pertandingan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita semua dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan di Fakulti serta di UPM.
 
Walaubagaimanapun, hiasan Aidilfitri di pejabat-pejabat boleh lah diteruskan sekiranya perlu mengikut inisiatif oleh ahli jabatan, dan bagi mengelakkan pembaziran, boleh lah menggunakan hiasan terpakai sebelum ini.

JEMPUTAN "LATIHAN KEFAHAMAN KEPERLUAN AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 DALAM AKTIVITI PENGAJARAN, PENYELIDIKAN DAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL VETERINAR"

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Sebagai makluman YBhg. Prof./Dato’/Datin Paduka/Dr/Tuan/Puan,Fakulti Perubatan Veteirnar, UPM akan menganjurkan latihan tersebut di atas khususnya kepada semua Pegawai Akademik, Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar, Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal.

 

  1. Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke latihan tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

 

Tarikh   : 28 Jun 2018 (Khamis)

Masa     : 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Bilik Jemaah, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM

Penceramah: Prof. Madya Dr Goh Yong Meng

 


  1. Sukacita sekiranya pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan dapat memberikan maklum balas kehadiran selewatnya pada25 Jun 2018 (Isnin)melalui Google Form dipautan berikut: google forms Latihan Kefahaman Keperluan Akta Kebajikan Haiwan 2015

 

 

  1. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pn. Nurul Nadia Ghazali di talian03 8609 3402atau emel kepada nurulnadia@upm.edu.my.

 

Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Mewakili seluruh warga fakulti, setinggi tinggi TAHNIAH kepada YBhg Dekan, Prof Dr Mohd Hair Bejo atas anugerah berprestij MERDEKA AWARD semalam.  Warga UPM dan warga fakulti khususnya amat berbangga dengan kejayaan Prof!   Sudah tentu kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semua untuk sentiasa melakukan yang terbaik.  
 
Di sini, saya sertakan capaian FB UPM and FM fakulti dan juga helaian dari e-book Merdeka Award.
 
 
Personal Philosophy Prof Hair: 
“To be excellent, we have to do our best. This is something that is very important. Usually, when we do our best, the outcome will also be the best. Think positive, look for opportunities not challenges, and then make sure we do our very best.” 
 
 
 
 
 
- Warga Fakulti Perubatan Veterinar- 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dato'/Datin Paduka/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang dijadualkan, Audit Pemantauan Semakan 1, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001 UPM akan diadakan pada 12-14 September 2018.
 
2.        Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Fakulti kita akan menerima giliran audit pemantauan SIRIM seperti berikut:
 
Tarikh : 12 September 2018 (Rabu)
 Masa  : 10.30 pagi - 1.00 petang

Bersama-sama ini dimajukan:-
 
1.  Gap Analysis EMS New Standard ISO 14001:2015
2.  Dokumen Rujukan Pelaksanaan EMS UPM
3.  Daftar Aspek Impak Alam Sekitar Edisi 4.0 (yang melibatkan FPV)
 
untuk dibaca oleh kita semua sebagai persediaan menghadapi audit tersebut.  Untuk makluman, dokumen ini juga boleh dirujuk dalam portal e-ISO.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk surat dari CaRE bertarikh 28 Ogos 2018 mengenai perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Zubedy (M) Sdn Bhd, Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), UPM akan menganjurkan program derma darah #DripSomethingNice.
 
Sehubungan dengan itu,  YBhg. Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program tersebut seperti butiran berikut:-
 
Tarikh: 13 Sept. 18 (Khamis)
Masa: 10:00 am - 3:00 pm
Tempat: Dewan Besar PKKSSAAS, UPM
 
Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan seperti pelancaran kempen derma darah bermotosikal, ceramah kesedaran kanser darah, sesi perkongsian bersama survisor kanser (ALUMNI UPM), pameran kesihatan dan kesedaran kanser, booth jualan dan Canbazaar, senama zumba/arerobik, persembahan naynyan lagu-lagu patriotik dan pertandingan pakaian kebangsaan terbaik.
 
Kepada yang berminat untuk menyertai program di atas, sila majukan nama  YBhg. Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan kepada saya sebelum/pada 7 Sept. 18.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan,
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr Awang Hazmi Awang Junaidi, Tutor JSPV telahpun melapor diri bertugas di Fakulti pada 3 September 18 selepas menamatkan pengajian beliau di University of Saskatchewan.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Pihak Hospital Veterinar Universiti (UVH) amat memerlukan kerjasama YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam memberikan maklum balas melalui atas talian bagi merealisasikan hasrat kami untuk memberikan perkhidmatan dan kemudahan perubatan veterinar pada tahap yang cemerlang. Seiring bersama komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan UPM.

 

Klik : MULA Kajian Kepuasan Pelanggan

 

Segala kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam meluangkan masa mengisi kajian kepuasan pelanggan UVH amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

 

Nota : Pengisian Kajian Kepuasan Pelanggan Atas Talian adalah termasuk Staf, Pelajar & Orang Awam.

Sekian

 

'BERILMU BERBAKTI'

 

Dilampirkan beberapa program CENTRAS sepanjang bulan september 2018 bagi hebohan di laman web PTJ
 
1) Basic Canine Dentistry Workshop ( 11-13 September 2018)
2) Advanced Feline Dentistry Workshop (14 September 2018)
3) Intensive Hands-on Training on Orthopedic Surgery (All About Knee) (21-23 September 2018)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
2018 MERDEKA AWARD LAUREATE TALK - Prof Dr Mohd Hair Bejo
 
Check out on Eventbrite!

Date: Fri, Sep 21 • 11:00 GMT+08:00

Location: Level 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50088

https://www.eventbrite.com/e/2018-merdeka-award-laureate-talk-by-prof-dr-hair-bejo-tickets-49975083821?aff=eand 
Dimaklumkan, Seminar Projek Ilmiah Tahun Akhir/ Disertasi/ Projek Bacelor Semester 1 Sesi 2018/2019 akan diadakan seperti butiran berikut :
 
Tarikh : 18 - 20 September 2018 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium (Kump. A)
                Bilik Jemaah (Kump. B)
 
Majlis Pembukaan
 
Tarikh : 18 September 2018 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium
 
Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir ke seminar ini.  Manakala bagi majlis pembukaan, Panel Penilai, pelajar Tahun Akhir (DVM 5) dan penjaga masa diwajibkan hadir pada tarikh & masa tersebut.
 
Sekian, perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Salam sejahtera,
 
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara diatas.
 
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Majlis Ikrar dan Penyampaian Hadiah FPV ke-41 seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 28 Oktober 2018 (Ahad)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Auditorium FPV
 
Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dijemput dengan penuh takzim untuk hadir bersama-sama meraikan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sukacita dijemput YBhg.Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan untuk hadir bersama-sama memeriahkan Pesta Konvo 2018 (Pameran Fakulti) yang akan berlangsung pada:
 
Tarikh: 25 Oktober - 31 Oktober 2018
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kompleks Akademik A, (KAA)
 
Kehadiran YBhg.Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan bersama ini dilampirkan jadual bertugas pesta konvo (pameran fakulti) untuk makluman bersama.

Salam Sejahtera Warga FPV,

 
Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga dengan pesta cahaya tahun ini, menguatkan lagi hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan perpaduan sesama kita semua....
 
Bagi rakan-rakan yang lain, selamat bercuti dan ambil lah peluang bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan. Semoga hubungan silaturrahim kita terus berkekalan.
 
Dr Hafandi Ahmad
Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar
YBhg. Prof./Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita warga Fakulti ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Prof. Dato' Dr Mohd Hair Bejo, Dekan kita yang telah menerima Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idirs Shah (DSIS) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-73.
 
Sekian untuk makluman, terima kasih.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kelab Sukan Dan Rekreasi Veterinar (KSRV),  Fakulti Perubatan Veterinar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) akan mengadakan Majlis Ceramah Santai Bersama Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Bin Alias seperti butiran berikut :
 
Majlis       : Ceramah Santai Bersama PU Azman (Juara Pencetus Ummah Musim ke-2/2014)
Tajuk        : 'REZEKI DAN KERJAYA JALAN KE SYURGA'
Tarikh      : 17 Disember 2018 (Isnin)
Masa       : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat    : Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar.
 

Sehubungan dengan itu, pihak KSRV menjemput semua warga UPM untuk hadir bagi mengimarahkan program yang penuh keberkatan ini, In Sha Allah.  Pihak kami ada menyediakan cenderamata kepada 100 peserta yang terawal pada program itu nanti.

 
Datanglah berama-beramai.
Good day to Lecturer and Staff, it is with great pleasure that we write to invite you to the Vet Dinner 2019 on the 2nd March 2019 (Saturday) at BoraOmbak Marina, Putrajaya. 
 

Vet Dinner 2019: Colours of Malaysia🌈🏵

 
Theme: Cultural Night
Venue: BoraOmbak Marina, Putrajaya
Date: 2nd March 2019 (Saturday)
Time: 8 - 10 p.m.
 
Payment:
Dvm 1-5: RM70
Lecturer or staff: RM80
Method of Payment: (Secara Ansuran) 
First phase payment: RM30 (latest by 24th Dec)
Second phase payment: RM30 (latest by 24th Jan)
Third phase payment: RM20 (latest by 10th Feb)

Salam Sejahtera,

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa operasi Perkhidmatan Pesakit Luar bagi Haiwan Avian & Eksotik di Hospital Veterinar Universiti akan ditutup pada 24 Disember 2018 (Isnin) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Disember 2018 (Rabu) bagi memberi laluan sempena sambutan Hari Natal bagi pekerja bukan muslim.

Selamat Menyambut Hari Natal kepada orang bukan muslim

Sekian, terima kasih.

 

Pelanggan yang dihormati,

Harap maklum bahawa  operasi Unit Pesakit Luar, Kaunter Haiwan Kesayangan pada hari Sabtu akan ditangguhkan buat sementara waktu bermula 1 Januari 2019 sehingga Februari 2019 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan waktu Operasi semula bagi Klinik Haiwan Kesayangan pada hari Sabtu akan dimaklumkan kemudian. Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan UVH amatlah dikesali.

 Sekian, terima kasih.

Para Pelanggan yang dihormati,

Hospital Veterinar Universiti (UVH) kini dalam usaha untuk menjalani proses menaik taraf Sistem Pengurusan Rekod Perubatan Elektronik Versi 1.2 bermula 18 Februari 2019 (Isnin) pada jam 8:00 Pagi. Oleh yang demikian, pihak kami menjangka akan berlaku kesulitan kepada para pelanggan dalam proses ini nanti. Kami menghargai atas kerjasama daripada Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih

 

Timbalan Dekan Hospital, Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia

Pelanggan yang dihormati,

Berkuatkuasa 7 Januari 2019, Hospital Veterinar Universiti akan mengenakan pendahuluan caj perkhidmatan (Pesakit Luar Haiwan Kesayangan) sebanyak RM50.00 (minimum) ke atas semua kes rawatan dan perkhidmatan sewaktu pendaftaran kes.

Pihak kami akan sentiasa berusaha jalan yang terbaik untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku kepada pelanggan. Justeru itu, kerjasama yang diberikan oleh pihak pelanggan didahului dengan ucapan terima kasih.

VETERINARY DERMATOLOGY SEMINAR

 

Malaysian College of Veterinary Specialist (M) Sdn. Bhd. (MCVS) in collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the "Veterinary Dermatology Seminar". The details of the program are as follows:



Date    : 29 January 2019 (Tuesday)

Time   :  12.00 pm - 5.00 pm

Venue : Bilik Jemaah, Faculty of Veterinary Medicine 

Link    : https://goo.gl/forms/0dXprTR1GYDufEDn1

 

Kindly fill up the google form 
 https://goo.gl/forms/0dXprTR1GYDufEDn1
 and send to us latest by 24
 January 2019 (Thursday)
. 
We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who might be interested to attend.
 
Thank you

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Majlis Amanat YB Menteri Pendidikan Malaysia 2019 pada 14 Januari 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

 

Justeru itu, jawatankuasa penganjur amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato'/Datuk/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan untuk turut hadir ke majlis tersebut.

 

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

 

 

Ketua

Bahagian Perhubungan Korporat

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi

UPM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti akan mengadakan Bengkel Asas Hematologi Haiwan pada:-

 

Tarikh     :    22 Februari  2019 (Jumaat)

Masa       :    9.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat   :    Bilik Jemaah, FPV

 

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke Sesi Bengkel tersebut yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hazilawati Hamzah.  

 

Mohon kerjasama memaklumkan kehadiran melalui email  selewat-lewatnya pada   4  Februari 2019 (Isnin). 

 

Perhatian dan kerjasama daripada pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian.  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklum bahawa Bahagian Keselamatan akan mengadakan Pelekat Kenderaan Pegawai / Agensi Luar bagi tahun 2019 – 2020 pada tarikh seperti berikut:

 

22 Januari 2019                  -      Pengeluaran secara berkelompok

                                                Pelekat Kenderaan Pegawai 2019-2020

                                                (wakil PTJ diminta hadir untuk mengambil Pelekat

                                                Kenderaan di Kaunter Keselamatan)

 

29 Januari 2019                  -      Pengedaran secara individu

                                                Pelekat Kenderaan Pegawai 2019-2020

 

                                                Permohonan Pelekat Kenderaan Agensi Luar

                                                2019 – 2020

 

 

Bagi Pegawai / Agensi Luar yang ingin memohon pelekat kenderaan dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Staf UPM (OPR/BKU/BR01/PELEKAT 01) / Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Agensi Luar (OPR/BKU/BR01/PELEKAT 03).  Bagi pegawai sambilan, pelekat Agensi Luar hanya dibenarkan memohon satu (1) pelekat kenderaan sahaja samada kereta atau motosikal dan disertakan salinan Kad Kampus yang terkini.

 

Borang Permohonan Pelekat Kenderaan boleh dimuat turun dari laman web Bahagian Keselamatan www.bku.upm.edu.my (muat turun borang).  Semua pegawai hanya dibenarkan memohon dua (2) pelekat kenderaan kereta dan dua (2) pelekat kenderaan motosikal.

NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN

 

Warga UPM yang dihormati,

Dimaklumkan notis gangguan perkhidmatan seperti berikut:-

 

Tempoh                  :       Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) - Mulai jam 5.30 petanag hingga 12.00 tengah malam.

Lokasi                    :       UPM

Sistem terlibat       :       Infrastuktur Server dan Storan Putra Cloud.

Kawasan terlibat    :       Kampus UPM Serdang dan Bintulu.

Impak                    :       Sistem yang berada di Putra Cloud tidak dapat dicapai dalam tempoh gangguan (SMP, HiStaf, Ekolej, HrPortal, iCome)

Sebab Gangguan     :       Pengemaskinian/naiktaraf firmware infastruktur Server dan pemasangan serta konfigurasi server tambahan. 

Status Semasa        :      Makluman Awal

 

Sebarang kemusykilan, sila hubungi iDEC Helpdesk di talian 03-8947 1990 atau emel kepada idec_helpdesk@upm.edu.my

 

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRISHNAN MARIAPPAN

Ketua 
Bahagian Perancangan dan Governan

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dimaklumkan Audit Dalaman merupakan salah satu keperluan dalam Standard Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 yang perlu dipatuhi bagi mengekalkan pensijilan QMS di Universiti Putra Malaysia (UPM).  UPM telah dipersijilkan ISO 9001 bermula tahun 1999 iaitu pensijilan terasing mengikut setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ).  Pada ketika itu, pelaksanaan audit dalaman diurus oleh PTJ masing-masing.

 

Bermula tahun 2011, dengan satu pensijilan (penggabungan 28 sijil ISO) UPM telah melaksanakan audit dalaman secara berpusat sehingga tahun 2018.  Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen semua PTJ yang telah sama-sama menjayakan tindakan bagi memastikan pengekalan satu pensijilan ISO 9001 UPM selama 7 tahun (2011-2018).  

 

Justeru bagi memastikan pemantauan pelaksanaan yang lebih berkesan, Jawatankuasa Kualiti UPM pada 6 Februari 2018 telah membuat keputusan untuk melaksanakan audit dalaman secara terasing (descentralize audit) iaitu dilaksanakan oleh PTJ masing-masing mulai tahun 2019.  Melalui pelaksanaan ini, pemahaman dan kebertanggungjawaban terus dapat dilaksana di PTJ sebagaimana pelaksanaan sebelum satu pensijilan.  

 

Persediaan ke arah pelaksanaan audit dalaman secara terasing telah bermula tahun 2018 iaitu pelaksanaan beberapa siri kursus audit dalaman bertujuan untuk memantapkan kemahiran juruaudit dalaman sedia ada dan juga menambah bilangan juruaudit dalaman PTJ baharu.  Selain itu, pelaksanaan semakan kendiri secara terancang juga telah dilaksana oleh PTJ.

 

Sehubungan itu, bagi memastikan pelaksanaan audit dalaman di PTJ (descentralize audit) dilaksana secara teratur dan berkesan, ringkasan pelaksanaan audit dalaman ini telah dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti UPM kali ke-42 pada 21 Disember 2018 serta perincian tindakan akan diteliti bersama PTJ semasa Taklimat Pemantapan Pengurusan Audit Dalaman yang akan diadakan pada 31 Januari 2019.

Salam Sejahtera Warga Fakulti Yang Di Hormati Sekalian...

 
Sempena dengan Perayaan Tahun baru Cina yang akan disambut beberapa hari lagi, Kelab Sukan Dan Rekreasi Veterinar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.
 
Ucapan setinggi penghargaan diatas sumbangan buah limau oleh individu atau kumpulan-kumpulan yang pastinya memberi erti penuh makna dan semangat persahabatan. Semoga dengan perayaan yang bakal disambut akan menjadikan kita lebih akrab dan ikatan persahabatan ini melebihi perbezaan agama dan budaya.
 
Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dan patuhi peraturan lalulintas bagi menjamin perjalanan yang selamat.
 
Kami juga mengharapkan sokongan semua ahli dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2019 ini.  Semoga apa yang telah kita rancang akan berjaya dilaksanakan .
 
Terima kasih dan Gong Xi ! Gong Xi!
 
happy-chinese-2019-new-year-260nw-1250000554.jpg

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa 3 orang Pensyarah Kanan Fakulti telah berjaya dalam permohonan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya DS54, iaitu:-
 
  1. Prof. Madya Dr Lokman Hakim Idris, JSPV (1 Januari 2019);
  2. Prof. Madya Dr Lau Seng Fong, JPKV (1 Januari 2019); dan
  3. Prof. Madya Dr Hafandi Ahmad, JSPV (1 Februari 2019).
Tahniah semua.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti dengan kerjasama VETERNAK akan menganjur aktiviti Ceriathon pada 14 Feb 2019 (Khamis) bermula pada pukul 3.45 petang.

 

Berikut adalah aturcara program:

 

3.45 petang

:

Ketibaan pelajar dan staf FPV

 

3.50 petang

:

Ketibaan Dekan, FPV

4.00 petang 

:

Aktiviti Senamrobik

4.20 petang

:

Ucapan Aluan Dekan, FPV

 

4.30 petang

:

Aktiviti menanam pokok oleh ahli pengurusan dan wakil pelajar

 

 

:

Pelajar dan staf yang lain mula menjalankan aktiviti gotong royong

 

6.30 petang

:

Minum petang dan Bersurai

ANIMAL PRODUCTION AND HEALTH ECONOMICS SEMINAR

 

International Society of Economics and Social Science In Animal Health-South East Asia (ISESSAH - SEA) in collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the "Animal Production and Health Economics Seminar". The details of the program are as follow:

 

Date    : 20th February 2019 (Wednesday)

Time   :  2.00 pm - 4.00 pm

Venue : Bilik Seminar, Faculty of Veterinary Medicine 

Link    : https://goo.gl/forms/pY3haZ6rJDEcdRmy2 (limited to 60 participants only)    

 

Kindly fill up the google form via this link 
https://goo.gl/forms/pY3haZ6rJDEcdRmy2 to confirm your attendance
 latest by 18th Februa
ry 2019 (Monday)
. 
We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who might be interested to attend.
 
Thank you

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM DOGATHON™ 2019

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Persatuan Veternak dan Zoologico 2018/2019, Fakulti Perubatan Veterinar, akan menganjurkan ‘Program Dogathon TM 2019, seperti butiran berikut;

  • Tarikh :  24 Februari 2019 (Ahad)
  • Masa   :  6.30 pagi – 2.00 petang 
  • Tempat :  Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia

Sehubungan dengan itu, saya dengan rasa berbesar hati ingin menjemput Dr untuk menghadiri program Dogathon™ 2019 seperti butiran di atas.

Untuk makluman program ini bertujuan untuk:

  1. Memupuk ciri-ciri “GSA (Generic Social Attributes)” dikalangan pelajar yang dikehendaki oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti kerja berpasukan, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi serta etika dan moral profesional.
  2. Memperkenalkan Fakulti Perubatan Veterinar kepada pemilik haiwan dan masyarakat umum dari aspek misi, fungsi, penyelidikan  dan perkhidmatan Hospital Veterinar untuk meningkatkan persepsi masyarakat terhadap UPM.
  3. Memupuk semangat cintakan haiwan kesayangan.
  4. Mengutip derma untuk disumbangkan kepada projek pengasian haiwan terbiar oleh Fakulti Perubatan Veterinar.
  5. Memberi peluang kepada para pencinta haiwan untuk bertemu dan bertukar pendapat antara satu sama lain.

 

 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan jalan berkala akan dilakukan di kawasan sekitar Wad Haiwan Besar, JPPHLE bagi memastikan keselamatan staf, pelajar, pelanggan UVH, orang ramai dan haiwan residen.
 
Penutupan akan dilakukan setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi semasa kerja-kerja pembersihan dan melepaskan residen ke kawasan paddock dilakukan. Beberapa kejadian yang hampir membawa kepada kemalangan telah dilaporkan, dan langkah ini diharapkan dapat mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku. 
 
Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak adalah amat dihargai dan sebarang kesulitan amat dikesali. Kerjasama semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 
 
Sekian, terima kasih. 
 
Yang menjalankan amanah,
KJ JPPHLE
"Malaysia Technology Expo 2019" Putra World Trade Centre Kuala Lumpur.
 
 
Kuala Lumpur 23-02-2019 - Fakulti Perubatan Veterinar telah memenangi pingat emas di "Malaysia Technology Expo 2019" yang berlangsung di PWTC dengan tajuk projek " Kesedaran Penyakit Zoonotik Sekolah "
 
Hadiah telah disampaikan oleh Yg. Berhormat Isnaraissah Munirah Majilis beliau adalah Timbalan Menteri MESTECC .

Dear Colleagues,

 

We are delighted to invite you to attend the  International Congress on One Health & AAVS-MyOHUN-WPSA (Malaysia)-SEAOHUN Meetings 2019 in Marriott Putrajaya Hotel, Malaysia, from 24 - 28 June 2019.

 With the conference's theme of "Enhancing Global Health and Wealth", we like to call for abstract submissions for oral or poster presentation under the following but not limited to the tracks below:

  1. One Health 
  2. Poultry

The deadline for abstract is before 30 APRIL 2019. Please submit your abstract to icooh2019@gmail.com

 

For any inquiries, please email ICOOH2019 Secretariat at icooh2019@gmail.com.

We look forward to welcoming you to the congress!    

 

ICOOH Secretariat 

http://myohun.com/v2/icooh-2019/

http://www.vet.upm.edu.my/v

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya./ Dr./ Tuan/ Puan,

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Vetsport kembali lagi untuk tahun 2019. Temasya sukan ini akan bermula pada 8 Mac 2019 sehingga 21 April 2019. Pelbagai acara sukan dan permainan akan dipertandingkan pada tahun ini.
 
Saya sebagai Penasihat Vetport 2019 ingin menjemput penyertaan daripada staf dan alumni untuk turut serta memeriahkan acara sukan tahun ini.
 
Dilampirkan adalah jadual semua acara sukan yang dipertandingkan. Tuan/puan dijemput untuk mendaftar untuk mewakili pasukan staf/alumni di google sheet berikut:
 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya.
 
"Show them age is just a number"
 
Terima kasih.
 
Nik
Penasihat Vetsport 2019

BOOK LAUNCHING EVENT "SWINE DISEASE IN ASIA -  A PRACTITIONER'S BOOK"

 

Rhone Ma Sdn. Bhd. in collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the Book Launching Event "Swine Disease In Asia -  A Practitioner's Book". The details of the program are as follows:

 

Date    : 27 March 2019 (Wednesday)

Time   :  9.00 am - 1.00 pm

Venue : Auditorium, Faculty of Veterinary Medicine 

Seat    : Limited to 100 seats only!

Link    : https://goo.gl/forms/38UqD44i9huthGmz1

 

Kindly fill up the google form 
 https://goo.gl/forms/38UqD44i9huthGmz1 
and send to us latest by 20
 March 2019 (Wednesday)
. 
We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who might be interested to attend

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UPM telahpun meluluskan kenaikan pangkat En. Kamarzaman Ahmad, JPMV dari jawatan Pembantu Makmal, Gred C22 ke gred C26 berkuatkuasa mulai 1 Mac 2019.
 
Rezeki orang nak bersara.  Tahniah Tuan Kamal.
 
Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

Lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur Johor, maklumat lawatan seperti berikut ;

  • Tarikh : 22 Mac 2019 (Jumaat)
  • Masa : 9.00 - 10.30 pagi
  • Bilangan peserta : 73 pelajar/ 7 guru pengiring.
Seminar Biosekuriti dan Biokeselamatan Siri I yang akan diadakan pada:
 
Tarikh: 2 April 2019 (Selasa)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Jemaah, Fakulti Perubatan Veterinar UPM
Penceramah: Dr. Nor Yasmin Abd. Rahaman
To UPM FPV Lecturers, Clinicians and Staff,
 
You are cordially invited to the appreciation dinner, "Makan Makan", at 6pm in FPV Foyer on 2nd April 2019. 
 
We, the students of DVM 5 are organising this dinner to express our gratitude to all the lecturers, clinicians, staff and all who have helped us get this far. All expenses are paid for and the dress code is casual. 
 
We would be humbled by your presence as we prepare for the next chapter of our lives. The invitation card and tentative are as attached. Please RSVP in the following Google form; https://forms.gle/cnf2Z8XDAxjHo36XA
 
Hope to see you there!

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Mr./Mrs./Ms.,

 

INVITATION TO ATTEND INTERNATIONAL CONGRESS ON ONE HEALTH & AAVS-MyOHUN-WPSA (MALAYSIA)-SEAOHUN MEETINGS 2019

 

We are delighted to invite you to attend the  International Congress on One Health & AAVS-MyOHUN-WPSA (Malaysia)-SEAOHUN Meetings 2019 in Marriott Putrajaya Hotel, Malaysia, from 24 - 28 June 2019.

 

 With the conference's theme of "Enhancing Global Health and Wealth", we like to call for abstract submissions for oral or poster presentation under the following but not limited to the tracks below:

 

  1. One Health 
  2. Poultry

 

The abstract guideline is attached for your reference. The deadline for abstract is before 30 APRIL 2019. Please submit your abstract to icooh2019@gmail.com

 

For any inquiries, please email ICOOH2019 Secretariat at icooh2019@gmail.com.

We look forward to welcoming you to the congress!    

 

ICOOH Secretariat

 

http://myohun.com/v2/icooh-2019/

http://www.vet.upm.edu.my/

 

Thank you. 

Tahniah !! Prof. Dr Jalila Abu, Ketua Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar telah dinaikkan pangkat dari jawatan Profesor Madya ke jawatan Profesor VK7 berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

 

 YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato'/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel dibawah. 

 

Pejabat TNC JINM akan mengadakan Anugerah Jaringan dan Komuniti Berimpak Tinggi 2019 (ICAN 2019) pada 25 April 2019 dan sehubungan dengan itu, Fakulti perlu mencalonkan Projek Industri Terbaik Kategori Pegawai Bukan Akademik dan Kategori Pelajar.

 

Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk menyertai pertandingan ini atau ingin mencalonkan mana-mana staf, mohon maklumkan kepada kami JK JINM FPV di emel berikut: nurulalwani@upm.edu.my (Pn Nurul Alwani)sebelum 8 April 2019 (Isnin).

 

Dilampirkan juga borang pencalonan bagi tindakan seterusnya.

 

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat kami hargai.

 

Terima kasih.

 

Rozaihan

Penyelaras JK JINM FPV

To Prof./Assoc. Prof./Dr./Mr./Ms :   

It has been a rising concern amongst many people in Malaysia in which they claimed that students in professional courses are unable to portray their talents due to their busy school schedules. 

 

This event aims to showcase the talents of students in the Faculty of Veterinary Medicine as well as to encourage unity within the faculty. 

 

The involvement of staffs, lecturers, doctors from the Faculty of Veterinary Medicine as well as the involvement of doctors and staffs from the University Veterinary Hospital of Universiti Putra Malaysia would greatly benefit everyone and strengthen the bonds between each and every person involved.

 

Along with this email, there is the tentative n of our programme .

 

Therefore we hope you can attend the event to make this event merrier!😊

Assalamualaikum wbt. & Greetings.

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Mr./Mrs./Ms.,

 

INVITATION "11th MAVP SCIENTIFIC CONFERENCE 2019"

 

Malaysian Association of Veterinary Pathology (MAVP) will be organising the 11th MAVP Scientific Conference 2019. The details of the program are as follows:

 

Date    : 26-28 July 2019

Venue : Hotel Perdana, Kota Bharu, KELANTAN

Link    : http://www.mavpconference.com/

 

We would appreciate if you could pass this announcement to your students and colleagues who might be interested to attend.
 
Thank you
 
AZLAN B. CHE' AMAT
b/p, Organizing Committee

YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa satu lawatan kerja rasmi daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Fakulti Perubatan Veterinar dan Hospital Veterinar Universiti adalah seperti butiran berikut;

Tarikh : 12 April 2019

Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat :  Bangunan FPV dan UVH (Perincian seperti lampiran tentatif di bawah)

Sehubungan itu, hebahan emel ini bertujuan sebagai makluman dan tindakan bersama untuk warga FPV agar memastikan setiap kawasan persekitaran berkerja pada kawasan bangunan blok Akademik dan Hospital Veterinar Universiti berada dalam keadaan bersih, teratur dan terkawal agar sepanjang program lawatan ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Sehubungan itu, Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan seperti di bawah :

 

1)Pegawai Veterinar , GV41
 
Tarikh tutup iklan adalah : 10 Mei 2019 
 
Maklumat lanjut berkaitan jawatan yang dikeluarkan adalah seperti di lampiran. Mohon majukan borang dan dokumen lengkap (Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan dan sijil-sijil lain yang berkaitan) ke Pejabat Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti.

JEMPUTAN UNTUK KE ACARA SUKANEKA DAN MAJLIS PENUTUP “VETSPORTS SERIES 2019”

 

Dengan segala hormatnya Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK),

sedang menjalankan ‘VETSports Series 2019’ yang berlangsung daripda 8 Mac hingga 21 April 2019 yang melibatkan penyertaan daripada Pelajar Doktor Perubatan Veterinar dan staf Fakulti Perubatan Veterinar.

 

2. Bersempena dengan program kesukanan ini, kami dengan rasa berbesar hati ingin

menjemput Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya./ Dr./ Tuan/ Puan menghadiri Majlis Penutup Vetsports Series 2019. Butiran majlis adalah seperti berikut:

 

Tarikh         : 21 April 2019 (Ahad)

Masa            : 8.00 pagi

Tempat        : Gelanggang Bola Keranjang, K17

 

3. Antara objektif program ini adalah untuk :-

Menjadi sebuah medium untuk merapatkan tali silaturahim antara pelajar, staf, dan warga

Fakulti Perubatan Veterinar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ke arah mendukung

aspirasi 1 Malaysia. Selain itu, ianya juga menggalakkan pendedahan kepada pelajar untuk

menganjurkan program kokurikulum dan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba

pengalaman dalam pengurusan sesuatu program dalam sesebuah organisasi. Seterusnya,

program ini diharapkan dapat mengasah bakat kepimpinan bukan sahaja dalam kalangan

pelajar yang terlibat dalam penganjuran aktiviti ini tetapi juga dalam kalangan pelajar yang

turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

 

4. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pengarah Vetsports Series 2019, saudari Nursyifa Atiqah Yeoh Binti Muhammad Hadi Yeoh pada talian 012-4946981.

 

5. Dilampirkan juga tentatif program dan peraturan acara sukaneka.

 

6. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya./ Dr./ Tuan/ Puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian.

Yang menjalankan tugas,

 

NURSYIFA ATIQAH YEOH BINTI MUHAMMAD HADI YEOH

Pengarah ‘VETSports Series 2019’,

Fakulti Perubatan Veterinar,

Universiti Putra Malaysia.

No Tel : 012-4946981

Dimaklumkan Fakulti akan menganjurkan Jemputan Ceramah Kesedaran Gangguan Seksual seperti butiran berikut:

Tarikh:10 Mei 2019

Masa: 3.00 petang

Tempat: DKV A,  FPV

Penceramah: 

Puan Rafidah Sadarudin
Timbalan Ketua Bahagian
Bahagian Kaunseling UPM
Universiti Putra Malaysia
Sehubungan itu, semua warga Fakulti dijemput untuk hadir ke program ini dan semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Atas kehadiran dan kerjasama saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin (JPPHLE) telah diluluskan permohonan kenaikan pangkat dari jawatan Pensyarah Kanan ke jawatan Profesor Madya berkuatkuasa mulai 1 April 2019.
 
Tahniah.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Pelanggan yang dihormati,

Harap maklum perubahan waktu pendaftaran pelanggan di Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar UPM mulai 06 Mei sehingga 04 Jun 2019 adalah seperti berikut :

Isnin - Khamis 

8:00 Pagi - 3:00 Petang [Waktu Rehat = 1:00 - 1:30 Petang]

Jumaat

8:00 Pagi - 11:00 Pagi [Waktu Rehat = 12:45 Tengahari - 2:45 Petang] & Bahagian Petang, Klinik dibuka untuk kes yang diberi temujanji khas untuk rawatan susulan sahaja.

Sekian Terima Kasih. Selamat Menyambut Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada Muslim

Ahli Pengurusan UVH, FPV

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana setiap tahun, KSRV akan menganjurkan Program Majlis Iftar dan Solat Tarawih di Fakulti dan pada kali akan diadakan pada:-

Tarikh: 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H (Rabu)
Masa: 7:00 malam
Tempat: Foyer Utama, FPV

Sekali lagi pihak KSRV telah menjemput Anak-Anak Yatim dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang Selangor yang berumur antara 2 tahun hingga 17 tahun seramai 40 orang.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili KSRV menjemput seluruh warga Fakulti dan keluarga untuk turut sama hadir memeriahkan lagi majlis ini. Kepada yang ingin membawa potluck, amatlah dialu-alukan dan jangan lupa sila bawa sejadah masing-masing.

Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the “42nd Seminar on Recent Advances in Animal Health and Production". The details of the seminar are as the following:

 

Date                            : 14th June 2019 (Friday)

Time                           : 8.15 am – 4.30 pm 

Venue                         : Auditorium, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Fees                           : RM 80

Registration Link      : https://forms.gle/L6ardzGziAPhE3C2A

 

For further information, please refer to the brochure as attached. Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 28th May 2019 (Tuesday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who may be interested to attend.

 

Pelanggan yang dihormati, Harap maklum tarikh pengoperasian perkhidmatan di Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi hari perayaan AidilFitri 2019 adalah seperti berikut :

Haiwan Kesayangan

Tutup : 5-9 Jun 2019

Buka : 10 Jun 2019

 

Haiwan Besar, Avian & Eksotik

Tutup : 4-9 Jun 2019

Buka : 10 Jun 2019

 

Selamat Menyambut hari perayaan AidilFitri 2019

Ahli Pengurusan UVH, FPV

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr Zunita Zakaria telah berjaya dalam permohonan kenaikan pangkat dari jawatan Profesor Madya ke jawatan Profesor berkuatkuasa mulai 1 April 2019.
 
Tahniah

Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Penutupan Operasi  Klinik Haiwan Kesayangan dan Klinik Avian Eksotik/Unit Ambulatori, Hospital Veterinar 

Universiti sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 2019 seperti jadual di bawah :

 

BAHAGIAN

TARIKH PENUTUPAN KLINIK

Klinik Haiwan Kesayangan

7 Jun 2019 (Jumaat)

 

Klinik  Avian dan Eksotik dan Unit Ambulatori

4 & 7 Jun 2019 (Selasa & Jumaat)

 

Cuti Umum Hari Raya : 

 

5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis)

 Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Ybhg. Prof./Dato'/Datuk/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti dengan kerjasama pihak JKKP Selangor akan menganjurkan Taklimat Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) seperti maklumat berikut;
 
Tarikh: 19 Julai 2019 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: DKV A, Fakulti Perubatan Veterinar
Taklimat oleh: En. Syarifudidin bin Seban
 
Sehubungan dengan itu, seluruh warga fakulti adalah dijemput hadir ke taklimat ini. 
 
Kehadiran bagi semua PYB Makmal/Unit adalah diwajibkan.
 
Atas perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) akan mengadakan satu program taklimat berkenaan Amalan EKSA. Taklimat tersebut akan dijalankan seperti berikut;

           

                        Tarikh                           : 22 Julai 2019 (Isnin)

                        Masa                            3.00 petang

                        Tempat                        : DKV A,FPV

                        Bil. Peserta                : Semua Warga Fakulti Perubatan Veterinar

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr Goh Yong Meng telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM bagi tempoh 3 tahun mulai 1 Ogos 2019.
 
Tahniah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr Hasliza Abu Hassim, Jabatan Sains Pra Klinikal Veterinar telah berjaya dengan permohonan kenaikan pangkat dari jawatan Pensyarah Kanan ke jawatan Profesor Madya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2019.
 
Tahniah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Perkara di atas dirujuk.
 
Mulai bulan Ogos 2019 Perlupusan Sisa Klinikal akan dijadualkan 2 kali seminggu di stor perlupusan
 
Selasa  : 3.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi
 
Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
Assalamualaikum wbt. & salam sejahtera.
 
Dengan segala hormatnya merujuk tajuk seperti di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Audit Time Motion Study bagi Penolong Pegawai Sains di Fakulti Perubatan Veterinar akan dijalankan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh: 7 Ogos 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat berkumpul: Bilik Jemaah, FPV. 
 
Satu sesi taklimat ringkas akan diadakan sebelum audit dijalankan. Sehubungan dengan itu tuan/puan dimohon untuk membawa bersama dokumen tersebut pada sesi audit tersebut;
 
1) Hard copy TMS,
2) Senarai Tugas.
 
Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Dengan segala hormatnya merujuk seperti tajuk di atas.
 
Dimaklumkan bahawa fakulti akan mengadakan  Taklimat Permohonan Bekalan Pakaian Keselamatan 2019 seperti butiran berikut;
 
Tarikh: 8 Ogos 2019 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Jemaah, FPV.
 
Sehubungan dengan itu, semua warga fakulti yang terlibat terutamanya yang memerlukan bantuan untuk mengisi Permohonan Bekalan Pakaian Keselamatan 2019 melalui google form https://forms.gle/RFuqQ13VR7UnHJdp8 dijemput hadir.
 
Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya merujuk  perkara di atas

Sehubungan itu, Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan seperti di bawah :

 

1)Pegawai Veterinar, GV41 (Haiwan Ladang Eksotik)
 
Tarikh tutup iklan adalah : 23 Ogos  2019. 
 
Maklumat lanjut berkaitan jawatan yang dikeluarkan adalah seperti di lampiran. Mohon majukan borang dan dokumen lengkap (Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan dan sijil-sijil lain yang berkaitan) ke Pejabat Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti.
 
Sekian terima kasih.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan seiring Visi EKSA FPV ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan Cemerlang Melalui Persekitaran Kerja Kondusif dan semua warga Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) adalah dijemput hadir bagi program taklimat Amalan EKSA yang dijalankan pada ;
           

TARIKH    : 22 OGOS 2019 (KHAMIS)

MASA       : 3.00 PETANG

TEMPAT   : DKV A, FPV

 

AGENDA PROGRAM EKSA FPV :

 

Masa

Agenda Program

2.50 petang

Ketibaan semua warga FPV

3.00 petang

Kata aluan Pengerusi

3.05 petang

Taklimat Penceramah EKSA
Encik Mohd Sahrizan Bin Mat Yatim

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM

5.00 petang

Selesai taklimat dan bersurai

 

KEHADIRAN adalah direkodkan sebagai Latihan.

 

  1. Tujuan taklimat ini diadakan agar seluruh warga FPV dapat menambah ilmu pengetahuandan menghayati dalam memahami falsafah, konsep, faedah dan kaedah pelaksanaan amalan EKSA bermula tahun 2019 ini dengan secara teratur dan bersistematik.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar UPM akan mengadakan Taklimat EMS (kertas, arkib dan e-waste) pada 30 Ogos 2019/Jumaat seperti yang di email pada 7 Ogos 2019 yang lalu ditukarkan tarikh atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Pindaan tarikh adalah seperti butiran berikut:

 

Tarikh        :        6  September  2019 (Jumaat)

Masa           :        3.00 pm - 5.00 pm

Tempat      :        Dewan Kuliah Veterinar A (DKVA) Fakulti Perubatan Veterinar, UPM  

  

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput menghadiri taklimat tersebut untuk memahami Proses penggunaan, penjimatan dan pelupusan kertas, arkib dan e-waste di fakulti.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut diatas.

Seperti yang sedia maklum bahawa gotong royong EKSA 2019 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu/Esok)

Masa : 8.30 pagi

Tempat: Foyer Fakulti Perubatan Veterinar

Gotong royong ini diadakan bagi tujuan untuk menyisih, menyusun dan tagging mengikut zon kawasan yang telah ditetapkan. Mengikut siri pertama ini kawasan yang diutamakan adalah Bilik Mesyuarat, Pantri, Ruang Pejabat dan Tandas. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dikehendaki hadir untuk program gotong royong ini.

Bersama ini disertakan Tentatif  Program untuk  rujukan dan makluman seperti di bawah :

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Tentatif Gotong Royong Perdana EKSA/5S 2019

14 September 2019 (Sabtu)

Fakulti Perubatan Veterinar

 

8.30 pagi                          :         Berkumpul di Foyer Fakulti Perubatan Veterinar

8.35 pagi                          :         Bacaan Doa

                                                Taklimat oleh Pentadbiran

8.45 pagi                          :         Pembahagian Zon/petugas mengikut Zon

 Zon A : Pentadbiran

(Puan Norafzan Jaafar)

 Zon B : Akademik

(Puan Noor Saidatul Akma Abu Bakar)

 Zon C : Hospital Veterinar Universiti

(Puan Nurul Alwani Abd. Hamid)

8.50 pagi                                    :         Bergerak ke zon masing-masing

9.00 pagi – 1.00 Tengahari    :        Proses sisih/susun dan tagging dilaksanakan

                                                    

 Kawasan Utama adalah :

 Bilik Mesyuarat,   Pantri,   Ruang Pejabat dan  Tandas

 * Etika pakaian adalah berpakaian sukan

17 September 2019 - Selasa,  Kepada semua pelajar UPM

 

Disebabkan oleh keadaan jerebu yang dihadapi pada masa ini, semua kelas esok (Rabu 18 September 2019) akan ditangguhkan. Tarikh baru akan diaturkan bersama-sama dengan pensyarah yang terlibat.

Terima kasih

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Universiti Putra Malaysia

 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa KSRV 2018-2019 akan mengadakan Program Hari Keluarga FPV 2019 pada:-
 
Tarikh: 7 Disember 2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Tadom Hill Resort, Daerah Kuala Langat, Banting,  Selangor
 
Walau bagaimanapun, kami memerlukan pengesahan bilangan penyertaan daripada YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan supaya kami dapat menganggarkan persediaan keperluan seperti jamuan, hadiah dan juga t'shirt (sekiranya ada bajet).
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini saya sertakan google form  untuk dilengkapkan oleh  YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan  untuk memudahkan pihak kami mengetahui bilangan penyertaan.
 
 
Tarikh tutup penyertaan: 17 Oktober 2019
 
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon sekiranya ada di antara warga Fakulti yang sudi untuk menaja makanan atau wang atau hadiah, sila berurusan dengan saya atau PM Dr Hafandi atau PM Dr Hasliza atau Puan Norafzan sebelum/pada 20 November 2019.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.
 
"SOKONGAN SEMUA KEJAYAAN BERSAMA"
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa dua (2) orang pegawai telah dinaikkan pangkat dari jawatan Pensyarah Kanan DS51 ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2019, iaitu:-
 
  1. PROFESOR MADYA DR NORANIZA MOHD ADZAHAN, JPPHLE; dan
  2. PROFESOR MADYA DR INTAN SHAMEHA ABDUL RAZAK, JSPV.
Tahniah kepada kedua-dua pegawai.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt. & Greetings.

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Mr./Mrs./Ms.,

 

Veterinary Laboratory Services Unit (VLSU) in a collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the “VLSU Open Day 2019". The details of the seminar are as the following:

 

Date                            : 30th October 2019 (Wednesday)

Time                           : 8.30 am – 5.00 pm 

Venue                         : Bilik Jemaah, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Fees                           : RM 30.00

CPD                            : 26 Points

Registration Link      : https://forms.gle/faxArARdXd5PpjrH8

 

For further information, please refer to the brochure as attached. Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 24th October 2019 (Thursday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who may be interested to attend.

 

Thank you.

KSRV ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali pada hujung minggu ini kepada rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga dengan pesta cahaya tahun ini menguatkan lagi hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan perpaduan sesama kita semua...Bagi rakan-rakan yang lain, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya!!
 
P/S: Juga, KSRV dengan rendah diri ingin memohon sumbangan dari dermawan Fakulti (Tujuan: Hamper kanak-kanak) bagi Hari Keluarga Veterinar yang diadakan pada bulan Disember nanti. Terima Kasih Semua...
 
Fendi KSRV
 
 
image.png

Assalamualaikum wbt

Ybhg. Prof./Dato'/Tuan/Puan,

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak KSRV akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin secara dalam talian sebagaimana butiran berikut:

 

Tarikh: 20 Ogos 2021 (Jumaat)

Masa: 12:00 tengah hari

Pautan: Rujuk di bawah

 

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Topic: MAJLIS BACAAN YASSIN FPV
Time: Aug 20, 2021 12:00 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/2555253329?pwd=SnpVWVh0LzBBdDN5S2QyWFhhU3dsQT09

Meeting ID: 255 525 3329
Passcode: VETxs2020

Semoga segala niat dan amalan kita ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

 

~RUSNAH MS~

Pembantu Tadbir (P/O)

b.p Timbalan Pendaftar

Pejabat Am Dekan

Fakulti Perubatan Veterinar

No. Tel: 03-97693999

No. Faks: 03-89471971

OPERASI KAUNTER PENDAFTARAN PERKHIDMATAN HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI

Kepada pelanggan yang dihormati,

Waktu pendaftaran Kaunter Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti
(UVH), Fakulti Perubatan Veterinar UPM akan beroperasi seperti berikut

(secara temu janji sahaja):

Isnin - Khamis: 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Jumaat: 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP

PENTING!

UVH TIDAK DAPAT membantu penerimaan kes tanpa temujanji.
Atas kekangan yang tidak dapat dielakkan, UVH juga tidak menerima kes pembedahan kecemasan dan dental scaling.

Sila ambil maklum tempoh menunggu bagi kes melibatkan pembedahan adalah 3 - 4 minggu,
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Pelanggan dikehendaki melengkapkan borang permohonan temujanji yang boleh didapati di laman web UVH.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pelanggan boleh menghubungi HOTLINE berikut:


Haiwan Kesayangan: 03 9769 3954 / 3955
Haiwan Besar / Avian / Eksotik: 03 9769 3889 / 3981

Terima kasih

Timbalan Dekan Hospital
Fakulti Perubatan Veterinar UPM
Universiti Putra Malaysia
23 Ogos 2021

Dimaklumkan bahawa KSRV dalam usaha mengumpul dana untuk Tabung KSRV yang semakin merosot.  Sehubungan dengan itu, pihak KSRV ada menjual t-shirt dan mask bagi tujuan untuk menambah dana tabung KSRV.
 
Kepada yang berminat, bersama-sama ini, disertakan pautan google form tersebut untuk makluman dan tindakan semua warga Fakulti.  Segala maklumat dan gambar t-shirt dan mask boleh dirujuk melalui pautan berikut:
 
 

Pihak kami amat berharap sokongan semua untuk membantu usaha kami bagi menambah dana KSRV selain daripada yuran tahunan keahlian.

 
Sekian, terima kasih.
 
"SOKONGAN SEMUA KEJAYAAN BERSAMA"

Assalamualaikum wbt and greetings.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Sir/Madam,
 
We are pleased to inform that, Universiti Putra Malaysia Researchers have successfully commercialized the STVac7 intranasal spray vaccine innovation for goats and sheep to prevent diseases that attack the lungs or pneumonia to this group of animals to BIO-Angle VACS Sdn Bhd (BAV).
 
The sale of the Mannhemia Haemolytica Bacterial Polypeptides and Sequences patent, Gene Sequences and Uses Thereof (MY-176715-A) was signed through a tripartite agreement involving UPM, UPM Innovation Sdn Bhd and BAV witnessed by YBrs. Dr Mohd Zabri Yusoff, Deputy Secretary General (Policy), Ministry of Higher Education recently.
 
In this regard, the Faculty congratulates and congratulates on the success of Prof. Dr. Mohd Zamri Saad and a group of researchers involved in the commercialization of the vaccine.
 
That's it for the record. Thank you.
 
VISION OF SHARED PROSPERITY 2030"
"KNOWLEDGEABLE DEVOTION"
Dengan segala hormatnya merujuk  perkara di atas

Sehubungan itu, Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan seperti di bawah :

1)Pembantu Awam (H11): Haiwan Ladang dan Eksotik
Tarikh tutup iklan adalah : 5 Oktober 2021 (Selasa)
 
Maklumat lanjut berkaitan jawatan yang dikeluarkan adalah seperti di lampiran. Mohon majukan borang dan dokumen lengkap (Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan dan sijil-sijil lain yang berkaitan) ke Pejabat Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti.
 
Sekian terima kasih.
 

image.png

 
Dimaklumkan bahawa KSRV akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin pada:
 
Tarikh: 15 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa: 11:30 pagi
Medium: Aplikasi Zoom
 
MAJLIS BACAAN YASIN
Hosted by FAKULTI PERUBATAN VETERINAR /VET

https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=mf3187a620c523291c0f5842ccced8366
Friday, Oct 15, 2021 11:30 am | 2 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 2640 689 4411
Password: k59Bp38JR4j

Join by video system
Dial 26406894411@upm.webex.com
You can also dial 210.4.202.4 and enter your meeting number.

Join by phone
+60-3-20-585-339 Malaysia Toll
+60-3-9212-7625 Malaysia Toll 2
Access code: 264 068 94411
 
Sehubungan dengan itu, semua warga Fakulti  yang berkelapangan untuk turut serta dalam majlis ini.  Sama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar negara kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT serta dijauhkan dari segala wabak serta hidup dalam keadaan aman dan damai hendak-Nya. Insha Allah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan,

 

PERINGATAN MESRA: JEMPUTAN MENYERTAI DAN MENONTON SYARAHAN INAUGURAL OLEH PROF. DR. SITI SURI ARSHAD, FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar, UPM akan mengadakan Syarahan Inaugural yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Siti Suri Arshad bertajuk “THE FASCINATING WORLD OF ANIMAL VIRUSES” secara langsung dalam talian seperti butiran berikut: 

 

Tarikh       : 15 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa        : 9.30 pagi

Platform  : Facebook Live Streaming

Pautan     : https://www.facebook.com/FPVUPM  dan http://www.facebook.com/UniPutraMalaysia 

 

Sehubungan dengan itu, semua warga UPM adalah amat dialu-alukan untuk menyertai dan dijemput untuk menonton syarahan tersebut. Bersama ini disertakan pautan e-book “THE FASCINATING WORLD OF ANIMAL VIRUSES” https://penerbit.upm.edu.my/info/Inaugural_Prof_Dr_Siti_Suri_Arshad/ untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

 

Kesudian dan sokongan YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan menyertai dan menonton syarahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERILMU BERBAKTI"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Fakulti Perubatan Veterinar dengan Kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan WEBINAR KEBAJIKAN HAIWAN SIRI 2: Kucing sakit, apa nak buat? yang akan disampaikan oleh Dr. Nor-Alimah Rahman, Ketua Pegawai Veterinar, Jabatan Perubatan & Pembedahan Haiwan Kesayangan Veterinar, Hospital Veterinar Universiti, Universiti Putra Malaysia. 

Webinar ini akan berlangsung seperti butiran berikut:

            Tarikh                     : [Hari ini] 22 Oktober 2021 (Jumaat) 

            Masa                      : 10.00 pagi

            Medium                 : Zoom Meeting

            Sila klik Pautan     : Webinar Kebajikan Haiwan 2

                                               Meeting ID: 948 7689 5664
                                               Passcode: 148176

Oleh itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput menyertai webinar ini bagi memperoleh ilmu pengetahuan bagi memastikan kesihatan haiwan kesayangan terjaga.  Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua dan PERCUMA. Mata CPD latihan akan disediakan (untuk staf UPM sahaja).

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh ajukan kepada emel vet.animal_welfare@upm.edu.my

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan juga boleh membuat sumbangan ke Tabung Kebajikan Haiwan UPM di pautan di bawah dan berpeluang memenangi hadiah misteri*

https://bit.ly/UPManimalwelfarefund

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

 
YBhg. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Di kesempatan ini, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan selamat menyambut "Hari Deepavali" kepada semua warga Fakulti yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini dapat menyemarakkan lagi perpaduan dan keharmonian sesama kita walaupun dalam kehidupan norma baharu. 
 
Kepada warga Fakulti yang lain, selamat bercuti! Bersama kita amalkan penjagaan kendiri dan SOP walau di mana kita berada.
 
Deepavali Nal Valthukal!
Stay Safe!
 
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 2020-2021
Fakulti Perubatan Veterinar
 
images.jpg

assalam mualaikum salam sejahtera,

 
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada warga Fakulti yang beragama Hindu dan selamat bercuti kepada semua warga Fakulti. 
Berhati-hati di jalanraya sekiranya memandu balik kampung,  terutamanya sekarang musim hujan dan sentiasa jaga SOP. 
 
thank you
 

With best wishes,
 
Selamat Hari Deepavali 2021.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk emel INFO UPM bertarikh 29 Oktober 2021 mengenai perkara di atas.

Sebagaimana semua sedia maklum mengenai pemusatan penempatan Jurufotografi di PSPK, maka Encik Muhamad Zaid bin Nor Akahbar, Jurufotografi FPV kini telah ditempatkan di PSPK berkuatkuasa mulai 1 November 2021.

Pihak Fakulti mengucapkan terima kasih kepada pegawai kerana telah bersama-sama membina kecemerlangan selama berkhidmat di FPV.

Selamat berjaya dan semoga berjumpa kembali, En. Zaid!

 

Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt 

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pn. Sharifah Nur''amanina  telah selamat melahirkan cahayamata pertama seorang bayi perempuan pada hari Khamis, 9.25 malam (4 November 2021).  Alhamdulillah, moga ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
 
Tahniah ðŸŒ·
 
Sekian untuk makluman.  Terima kasih.
 
 
Assoc. Prof. Dr. Siti Khairani Bejo
Head
Department of Veterinary Pathology & Microbiology
Faculty of Veterinary Medicine
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM,
Serdang, Selangor,
MALAYSIA.
 
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan.
 
Dengan segala hormatnya merujuk  perkara di atas

Sehubungan itu, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan seperti di bawah :

Jawatan: PEGAWAI EKSEKUTIF 3, GRED PE3 (KONTRAK)
Kekosongan: 2 kekosongan
Tarikh tutup iklan adalah : 20 Januari 2022 (Rabu)
 
Maklumat lanjut berkaitan jawatan yang dikeluarkan adalah seperti di lampiran. Mohon majukan borang dan dokumen lengkap (Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan dan sijil-sijil lain yang berkaitan) ke Pejabat Am Dekan.
 
Sekian terima kasih.
To all who celebrate Chinese New Year, may good fortune, prosperity, longevity, wealth, and happiness come to you and your family.
 
To all Faculty members, happy holidays. Stay safe.
 
 
CNY 2022.jpg

Dear Colleagues,

The Association of Institutions for Tropical Veterinary Medicine (AITVM), the Society for Tropical Veterinary Medicine (STVM) and the French Agricultural Research Centre for International Development (CIRAD) cordially invite you to join us online on Tuesday 17 May 2022 from 12:00 to 15:00 CET.

During this virtual event, three keynote lectures will be given on the theme: “The impact of the COVID-19 pandemic on tropical veterinary medicine education and research”.

The keynote lectures will be followed by a session dedicated to young researchers (Masters & PhD students) in which they can highlight their research in the field of tropical veterinary medicine and international animal health in “flash talks” (5-minute presentation & 2-minute questions). 

Registration is free of charge (FOC). Kindly visit AITVM website for your registration

(http://www.aitvm.org/news/)

Thank you and best regards,

Hair-Bejo
President, AITVM.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

 

WEBINAR KEBAJIKAN HAIWAN SIRI 5

 

Fakulti Perubatan Veterinar dengan Kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan WEBINAR KEBAJIKAN HAIWAN SIRI 5: Update on Avian Influenza in Poultry yang akan disampaikan oleh Ybhg Prof Dr Abdul Rahman Omar, Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia

 

Webinar ini akan berlangsung seperti butiran berikut:

 

            Tarikh                     :  3 Mac 2022 (Khamis)

            Masa                      :  10.00 pagi

            Medium                 :  WEBEX

            Sila klik Pautan     :  https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=mcddfaa6bd562bf4356efb200fc012fb3

                                                Meeting number: 2640 475 3807

                                                Password:  AzmQMyWV375

            

Oleh itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput menyertai webinar ini untuk memperoleh ilmu pengetahuan terkini berkenaan penyakit Avian Influenza pada poltri. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua dan PERCUMA. Mata CPD latihan akan disediakan (untuk staf UPM sahaja).

 

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh ajukan kepada emel vet.animal_welfare@upm.edu.myV

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم. Segala puji bagi ALLAH SWT Pentadbir Seluruh Alam, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
 
Seluruh warga Fakulti menzahirkan ucapan takziah kepada Dr. Mohd Shahrom di atas kembalinya ke Rahmatullah bonda beliau yang dikasihi petang semalam di kampung halaman beliau di Sabah dan juga kepada En. Noraziman di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda beliau yang dikasihi sebentar tadi di Hospital.
 
Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan Allahyarham.  Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Marilah kita sama-sama doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan pengakhiran Husnul Khatimah. Aamiin.

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Aamiin.
 
Sekian, terima kasih.
 
image.png
 
YBHg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 

Sukacita dimaklumkan pihak KSRV 2020-2021 akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil secara dalam talian seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 01 April 2022 (Jumaat)

Masa: 12:00 pm -  12:30 pm

Pautan: Rujuk di bawah

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Topic: MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SECARA DALAM TALIAN BERSAMA SEMUA WARGA FAKULTI
Time: Apr 1, 2022 12:00 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/5188269924?pwd=MTJGVXRVNUVsSjN4OCs5OXNHK3RTdz09

Meeting ID: 518 826 9924
Passcode: VETxs2020

Sehubungan dengan itu, semua warga Fakulti yang beragama Islam  adalah dijemput untuk turut serta dalam majlis ini.
 
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum wbt.  salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM bagi tempoh satu (1) tahun mulai 1 April 2022.
 
Tahniah kepada beliau.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.
ssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, 
 
Ybhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Kami dari Pejabat Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1443H kepada semua warga Fakulti Perubatan Veterinar. 
 
Selamat berpuasa dan semoga amalan kita diterima dan diberkati sepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Sekian, terima kasih.
 
Ikhlas dari,
Pejabat JDMV

image.png
Assalamualaikum w.b.t 
 
 
YBhg. Prof/Dato’/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1443H kepada semua warga Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.
Selamat menunaikan ibadat puasa dan semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sekian, terima kasih.
 
Khairani

assalam mualaikum dan salam sejahtera,

 
Marhaban ya Ramadhan. Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan penuh berkah. Semoga ibadah puasa kita diberikan kemudahan dan keberkatan.


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 
YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Marhaban ya Ramadan...Saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga KSRV yang beragama Islam. Semoga segala ibadah kita di bulan mulia ini diterima Allah SWT. Amin ya rabbal alamin.
 
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala Allah SWT, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu. - Sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Riwayat Al-Bukhari (38) dan Muslim (760)."
 
Selamat berpuasa dan bertarawikh. 
 
Sekian, terima kasih.
 
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 2020-2021
Fakulti Perubatan Veterinar
 
Ramadan Kareem.jpeg

assalam mualaikum dan salam sejahtera, 

Saya ingin merakam ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf Fakulti kerana berjaya meletak Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia ditangga 60 universiti terbaik di dunia dalam bidang sains veterinar bagi penarafan Subject QS Ranking 2022.

Sesungguhnya pencapaian cemerlang ni merupakan usaha gigih berterusan pihak tuan/puan yang tidak berbelah bagi.

Insya Allah, pengurusan Fakulti akan terus mengatur strategi dan pelan tindakan agar Fakulti ini  terus unggul dalam semua aspek berkaitan pengajaran & pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional & pengembangan. 

Marilah kita sama-sama satukan usaha dan bergerak dalam satu pasukan yang padu dalam merealisasikan Matlamat 4 Pelan Strategik Fakulti - meletak Fakulti sebagai institusi terujuk sains veterinar terunggul di rantau ini. 

Syabas dan Tahniah FPV. 

 

thank you


With best wishes,

aro  
..............................................................
Prof Dr Abdul Rahman Omar (DVM, PhD, FASc)
Dean 
Faculty of Veterinary Medicine 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

PEGAWAI VETERINAR (GV41) / PEGAWAI EKSEKUTIF (PE3/2)

 

DESKRIPSI TUGAS

  • Umum

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas merawat pesakit Haiwan Kesayangan (Amalan Haiwan Kesayangan).

  • Khusus

Akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tangungjawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.

KELAYAKAN

  • Warganegara
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua.
  • Pemohon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

GAJI PERMULAAN

  • RM3,597 – RM5,000.00 (berdasarkan pada pengalaman)

 

CARA MEMOHON

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01)  yang boleh dimuat turun daripada laman web https://pendaftar.upm.edu.my/faildokumen.  Sila hantarkan borang yang telah lengkap beserta sijil/dokumen selewat-lewatnya 30 April 2022. ke alamat:

Pejabat Am
Hospital Veterinar Universiti

Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR

Hanya calon yang layak sahaja yang akan dipanggil temuduga

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan 1443H

 

Tuan/Puan,

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, KSRV mengambil pendekatan sebagaimana tradisi tahun sebelum-sebelum ini  untuk mengadakan TadarusAl-Quran di Fakulti secara maya.

 3. Fakulti telah mendapat agihan oleh pihak PERMATA UPM untuk membaca JUZUK 11.  Sehubungan dengan itu, Tadarusakan dijalankan setiap hari bermula pada 13 April 2022 (Rabu), jam 1:00 pm sehingga 2:00 pm.

4. Kepada yang berminat, boleh majukan nama kepada saya dengan kadar segera supaya saya dapat berkongsi pautan untuk majlis tadarustersebut.

 

Semoga Allah memberkati segala amalan dan melipat ganda pahala serta kita dapat meraih gelaran muttaqin di bulan yang mulia ini. 


Sekian, terima kasih.

 

'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
'BERILMU BERBAKTI'
 
~RUSNAH MS~
PENOLONG SETIAUSAHA 1
b.p PENGERUSI KSRV 2020-2021

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg.Prof./Dato'/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Puan Nur Alina Jabir, PTPO di Pejabat TDA telah selamat bersalin pada 6 April 2022 dan kini sedang cuti bersalin selama 90 hari.  Sehubungan dengan itu, tugas-tugas beliau akan diambil alih oleh Pn. Roshaslina Mohd Basir untuk sementara waktu sehingga Puan Nur Alina kembali bertugas semula.
 
Puan Roshaslina boleh dihubungi di talian sambungan no. 3882.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN WEBINAR KEBAJIKAN HAIWAN SIRI 7 

Fakulti Perubatan Veterinar dengan Kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan WEBINAR KEBAJIKAN HAIWAN SIRI 7: Peka Pemakanan Haiwan Terjamin Kebajikan yang akan disampaikan oleh Prof Madya Dr Hasliza Abu Hassim, Timbalan Pengarah, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia

Webinar ini akan berlangsung seperti butiran berikut:

            Tarikh                     :  15 April 2022 (Jumaat) 

            Masa                      :  10.00-11.30 pagi

            Medium                 :  WEBEX

            Sila klik Pautan     :  https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=ma45faa01274d86b7a7fef4605c64b02b

                                                     

Oleh itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput menyertai webinar ini untuk memperoleh ilmu pengetahuan berkaitan pemakanan haiwan. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua dan PERCUMA. Mata CPD latihan akan disediakan (untuk staf UPM sahaja).

 

SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN HAIWAN UPM

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh membuat sumbangan untuk aktiviti pengkasian haiwan yang dilaksanakan oleh pelajar (Program Prokasih) atau program misi klinik veterinar bergerak UPM melalui pautan di bawah:

Klik di sini: https://vet.upm.edu.my/tabung_kebajikan_haiwan-4056?L=bm 

Klik Buat Bayaran

Pilih: Tabung Kebajikan Haiwan UVH FPV

 

SUMBANGAN WAKAF KHAS FASILITI HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan juga boleh membuat sumbangan melalui MySadaqah di pautan di bawah:

Klik di sini: https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995 

Pilih: Wakaf Khas Fasiliti Hospital Veterinar Universiti

 

Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Semoga dengan sumbangan ini memastikan peningkatan tahap kebajikan haiwan tercapai. 

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh ajukan kepada emel vet.animal_welfare@upm.edu.my

Sekian, terima Kasih.

 

 

 

VLSU OFFERS COVID19 TESTING FOR PET EXPORTATION

VLSU is now offering Covid19 RT-PCR test services for pets to meet import country requirements.  To purchase this service:

1.      Please make an appointment with the University Veterinary Hospital for sample collection via https://vet.upm.edu.my/veterinary_hospital/ university_veterinary_hospital/appointment_request_form_for_uvh_clients-56471

2.      Fees: 

Swab collection           - RM35

RT-PCR                      - RM250  

     Test result will be released within 72 hours. For further information, please contact Virology Lab at 03-97693495 or email vet_virologylab@upm.edu.my

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
 
Dengan segala hormatnya merujuk  perkara di atas

Dimaklumkan bahawa, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan seperti di bawah :

Jawatan: PEGAWAI EKSEKUTIF 3, GRED PE3 (KONTRAK)
Kekosongan: 2 kekosongan
Penempatan: MyOHUN
Tarikh tutup iklan adalah : 29 April 2022 (Jumaat)
 
Maklumat lanjut berkaitan jawatan yang dikeluarkan adalah seperti di lampiran. Mohon majukan borang dan dokumen lengkap (Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan dan sijil-sijil lain yang berkaitan) ke Pejabat Am Dekan.
 
Sekian terima kasih.
 
'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
'BERILMU BERBAKTI'
JEMPUTAN MENYAKSIKAN MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI 2022 PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Bumi 2022 bagi menzahirkan komitmen warga kampus terhadap aspek pemuliharaan bumi dan penjagaan alam sekitar. Majlis perasmian akan diadakan secara langsung dari Dewan Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 April 2022 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi – 11.30 pagi
Platform: Facebook Live Streaming

3.       Bagi memastikan penghayatan sambutan Hari Bumi dirasai oleh seluruh warga UPM, PTJ akan turut melaksanakan aktiviti pada tarikh dan masa tersebut secara serentak. Pelaksanaan aktiviti di peringkat PTJ akan disaksikan oleh YH. Dato’ Naib Canselor secara lintas langsung melalui aplikasi Zoom di mana YH. Dato’ Naib Canselor juga dijadualkan akan berinteraksi dengan wakil PTJ secara langsung bagi mengetahui butiran aktiviti yang sedang dilaksanakan. Penyertaan secara dalam talian layak diberikan 3 Mata CPD Latihan tertakluk pengesahan TPLS PTJ dengan mengisi Borang Maklumat on The Job Training (OJT)/Pembelajaran Kendiri.

4.    Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan adalah amat dialu-alukan untuk menyaksikan majlis perasmian tersebut. Bersama ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

Kesudian dan sokongan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan menyaksikan majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
 
Ybhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk seperti tajuk di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Veterinary Laboratory Services Unit akan ditutup pada 5 dan 6 Mei 2022 sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan akan beroperasi semula bermula 9 Mei 2022 kecuali Makmal Bakteriologi yang akan mula beroperasi pada 10 Mei 2022.
 
Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
BERILMU BERBAKTI
 
Rosmaria Othman
b/p Ketua Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor
 
03-97693944

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


YBhg.Prof./Dato'/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Menjelang berakhirnya Ramadan dan tibanya Syawal 1443H, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" dan selamat bercuti kepada semua warga Fakulti. 
 
Ramadan berlalu meninggalkan kita,
Syawal menjelma dirai gembira,
Ampun dan maaf bersama dipinta,
Semoga gembira di hari mulia.
 
Selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat semuanya, InsyaAllah.
 
Salam Lebaran..
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 2021-2022
Fakulti Perubatan Veterinar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022 daripada KSRV 2021/2022

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 
Ybhg. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Kami dari Pejabat Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga Fakulti Perubatan Veterinar. 
 
Berhati-hati di jalan raya :) 
 
 
 
--
 
"BERILMU BERBAKTI" 
 
Saya yang menjalankan amanah


 
Izlia Abd Halim
Pegawai Eksekutif
Veterinary Laboratory Service Unit (VLSU)
Fakulti Perubatan Veterinar 
Universiti Putra Malaysia
Tel (office)  : 03- 9769 3474
Email           : izlia_halim@upm.edu.my
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2022 kepada semua warga Fakulti.
Saya ingin  mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan usaha tuan/puan sekalian dalam menjayakan visi dan misi Fakulti..
Teruskan usaha murni tuan/puan sekalian dengan penuh ikhlas, nescaya hidup kalian akan dihargai dan diberkati..
 
Hari Pekerja 2022.jpeg
image.png
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera untuk warga  Fakulti Perubatan Veterinar yang dirahmati dan diredhai Allah SWT.

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, kami keluarga Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Fakulti Perubatan Veterinar yang dikasihi. Semoga Ramadan yang bakal berlalu ini dapat memberi satu semangat dan motivasi kepada kita untuk terus berbakti dengan penuh keikhlasan hati demi anak bangsa dan negara.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Mohon Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi.
 
Suasana ceria cantik bergaya,
Berkunjung kunjungan merapat ikatan,
Keluarga Malaysia berhari raya,
Bermaaf maafan pupuk keinsafan.

Jemput semua warga FPV untuk menonton video raya pejabat TDPS di link berikut:

https://www.facebook.com/FPVUPM/videos/379366484117121

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
.كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
Jesse
Mewakili Keluarga Pejabat TDPS FPV UPM.
assalam mualaikum dan salam sejahtera,
 
Kita telah sampai di penghujung Ramadhan 1443H.
Diharap tarbiah Ramadhan tahun ni menjadikan kita ihsan yang lebih bertakwa.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Bercuti dan
Berhati-hati di jalan raya.
 
Selamat Hari Raya 2022.jpeg

Wishing all Buddhists Happy Wesak Day,

and happy holiday to the rest!

Hari Wesak 2022.jpeg
 
thank you
With best wishes,

aro  
..............................................................
Prof Dr Abdul Rahman Omar (DVM, PhD, FASc)
Dean 
Faculty of Veterinary Medicine 
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
MALAYSIA
Salam sejahtera,
 
Ucapan selamat Hari Wesak juga ditujukan kepada sesetengah warga Fakulti beragama Hindu yang turut sama menyambutnya. Bagi sesetengah negara dan kawasan yang menggunakan kalendar Buddha, seperti Thailand, Myanmar, Tibet dsbg, tahun ini merupakan tahun ke 2565 dalam kalendar masing-masing. 
 
Ymgoh
 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh: 30 Mei 2022 (Isnin)

Masa: 12:00 tengah hari

Tempat: Foyer Utama, FPV

Pakaian: Busana Melayu / Pakaian Tradisional

 

Pihak Fakulti dimaklumkan bahawa  YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman,   Naib Canselor UPM akan hadir ke Fakulti Perubatan Veterinar bagi sesi beramah mesra sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 yang diadakan serentak di seluruh PTJ.  Sehubungan dengan itu, bagi menyantuni kehadiran Naib Canselor UPM ke Fakulti Perubatan Veterinar pada hari tersebut, YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

 

Di atas perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih. 

 

'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

'BERILMU BERBAKTI'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dato'/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, ceramah bertajuk seperti di atas akan diadakan seperti butiran berikut;
 
Tarikh  : 20 Mei 2022 (Jumaat)
Masa   : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Auditorium, FPV
Penceramah : Dato' Dr Quaza Nizammuddin Hassan Nizam (Presiden FAVA)
Moderator Q&A : Prof. Madya Dr Arifah Abdul Kadir
 
Sehubungan dengan itu, pelajar Tahun Akhir (DVM 5) diwajibkan hadir ke sesi ceramah ini.  Fakulti juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua staf akademik & sokongan yang berminat untuk turut hadir.  
 
Untuk makluman YBhg. Prof./Dato'/Tuan/Puan/Saudara/Saudari, staf yang menyertai sesi ceramah ini akan diberikan mata CPD latihan UPM.
 
Kesudian serta sokongan YBhg. Prof./Dato'/Tuan/Puan/Saudara/Saudari menyertai sesi ceramah ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERILMU BERBAKTI"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
 
Dukacita perkhabaran dari kenalan pesara memaklumkan bahawa suami Puan Normadiah Sukaimi (pesara FPV yang dahulunya pernah bertugas sebagai Pembantu Kesetiausahaan di Pejabat TDA) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di IJN.
 
Dimaklumkan jenazah akan dikebumikan di Sungai Ramal dan diuruskan oleh pihak IJN.
 
Didoakan semoga keluarga Puan Normadiah tabah menghadapi ujian ini dan dipermudahkan semua urusan.
 
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiinn..

Al Fatihah,

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
 
 
Salam Takziah
 
'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
'BERILMU BERBAKTI'

Untuk makluman, pihak PTJ akan menjalani 2 aktiviti audit seperti berikut:-

1. Audit Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/ EIC 27001:2013 pada 26 Mei 2022 (Khamis) jam 2 petang - 5 petang
2. Audit Dalaman 2022 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015, FPV pada 14-15 Jun 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Ucapan Tahniah dan Syabas kepada staf Fakulti Perubatan Veterinar yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 yang diraikan dalam Majlis Gemilang Putra 2022 sebentar tadi di PKKSSAAS, iaitu:
 
  1. PROF. MADYA HAZILAWATI BINTI HAMZAH (KUOTA PENTADBIR AKADEMIK TIMBALAN DEKAN)
  2. PROF. MADYA DR. INTAN SHAMEHA BINTI ABDUL RAZAK, JSPV
  3. DR. INTAN NUR FATIHA BINTI SHAFIE, JPKV
  4. DR. NUR FAZILA BINTI SAULOL HAMID, JPMV
  5. DR. SITI ZUBAIDAH BINTI RAMANOON, JPPHLE
  6. DR. SITI SARISMAHANIM BINTI ISMAIL, JPPHK
  7. DR. WIRDATUL NAZIRA BINTI ZAHRI, JPPHK
  8. EN. ADAM NAIM BIN AIMI AZWANI, JPKV
  9. EN. ARMAN BIN ADDELAN, JDMV
  10. PN. FARIDAH BINTI SHAHARUDDIN, PEJ AM DEKAN
  11. PN. KAMARIAH BINTI JAMHARI, JPPHK
  12. EN. MAZLAN BIN ABD AZIZ, UNIT KENDERAAN UVH
  13. EN. MIOR MOHD. NIZAM B. MIOR MOHD SHOPI, JPPHK
  14. PN. NOOR LIAH BINTI MD YATIM, PEJ. TDPS
  15. PN. NOOR SAIDATUL AKMA BINTI ABU BAKAR, JSPV
  16. EN. NOR HILMAN BIN HASHIM, UNIT ARF, PEJ TDPS
  17. PN. NURUL ZARIFAH BINTI ALIAS, JPPHLE
  18. EN. RUSDAM BIN AWANG, JPMV
  19. PN. SHAR SURIANI BINTI SHARIFF, JPPHK
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan berstatus kontrak dalam skim lantikan Pegawai Veterinar, (GV41) atau Skim Lantikan Pegawai Eksekutif (PE3)  dengan menjalankan tugas-tugas sebagai Pegawai Veterinar.
 
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh dimuat turun daripada laman web  20200207145108Permohonan_Jawatan_Kumpulan_Pengurusan_Dan_Profesional.pdf (upm.edu.my) .  Sila hantarkan borang yang telah lengkap beserta sijil/dokumen selewat-lewatnya 24 Jun 2022 ke Pejabat Am Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti.

Copy of live ig event.png

JEMPUTAN WEBINAR KESIHATAN KUCING (INSTAGRAM LIVE) 

Merujuk perkara diatas, dengan sukacita menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan ke webinar kesihatan kucing. Webinar ini adalah anjuran pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) Tahun 1 di bawah kursus keusahawanan veterinar (VPP3171). 

Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Julai 2022 (11 pagi-12 tengahari)

Aplikasi: Instagram

@Putrabiz.veterinar 

@salehatulkhuzaimah_the_vet

Antara pengisian webinar ialah pelajar DPV tahun 1 akan menerangkan mengenai penyakit 'Feline Lower Urinary Tract' (FLUTD) menggunakan prototaip anatomi yang mereka cipta. Sesi soal jawab pula akan diselia oleh Dr Salehatul Khuzaimah Mohd Ali, Prof Madya Dr Intan Shameha Abdul Razak dan Dr Syamira Syazuana Zaini semasa webinar tersebut berlangsung. Mohon majukan maklumat ini kepada pemilik haiwan yang ingin meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan haiwan peliharaan mereka dan ingin berkomunikasi dengan doktor veterinar. 

Semoga aktiviti pelajar ini dapat meningkatkan kebajikan haiwan. 
 
Segala kerjasama saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih. 
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) , UPM menerusi MINIT 806.03(b) pada 6 April 2022 telah bersetuju meluluskan pelaksanaan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 6 Disember 2022. Pelbagai aktiviti pertandingan berkaitan perkhidmatan kualiti, inovatif dan kreatif dianjurkan oleh para Peneraju Anugerah/Hadiah untuk penyertaan individu/berkumpulan di PTJ bersempena program ini, manakala para pemenang akan diraikan pada Majlis Sambutan HKIP UPM 2022.

Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti bercadang untuk menyertai aktiviti pertandingan tersebut dan seterusnya menjemput  YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk mengenengahkan produk terbaru dan berinovasi ke sesi perbincangan ini pada:
 
Tarikh: 30 Jun 2022 (Khamis/Esok)
Masa: 3:00 pm
Tempat: Bilik Jemaah
 
Sekiranya produk tersebut telah ada, boleh dibawa bersama untuk dibuat penilaian.
 
Semoga dengan penyertaan ini, Fakulti akan mencipta sejarah sekali lagi dengan mencipta kejayaan yang membanggakan.
 
Perhatian dan kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.

image.png

 
 
YBHg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KSRV 2022 akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat secara dalam talian untuk Prof. Madya Dr. Hafandi Ahmad yang akan menunaikan ibadah fardu haji  pada tahun ini yang dipimpin oleh Encik Rohaizad Yaakob sebagaimana ketetapan berikut:

 

Tarikh: 30 Jun 2022 (Khamis)

Masa: 12:30 pm

Pautan: Rujuk di bawah

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Topic: MAJLIS BACAAN YASIN PADA 30 JUN 22 (KHAMIS), 12:30 PM-130 PM ANJURAN KSRV
Time: Jun 30, 2022 12:30 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/2555253329?pwd=SnpVWVh0LzBBdDN5S2QyWFhhU3dsQT09

Meeting ID: 255 525 3329
Passcode: VETxs2020
 
Sehubungan dengan itu, semua warga Fakulti yang beragama Islam  adalah dijemput untuk turut serta dalam majlis ini.
 
Sekian, terima kasih.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم. Segala puji bagi ALLAH SWT Pentadbir Seluruh Alam, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
 
Seluruh warga Fakulti menzahirkan ucapan takziah kepada Puan Aida Zakaria (Pegawai Penyelidik, Pejabat TDPS) di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda beliau yang dikasihi petang semalam di Terengganu.  Al-Fatihah buat Allahyarham.  Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi Allahyarham.

Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Marilah kita sama-sama doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan pengakhiran Husnul Khatimah. Aamiin.

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Aamiin.
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dari PKKSSAAS UPM bertarikh 18 Julai 2022 yang jelas maksudnya untuk makluman dan tindakan YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekiranya  YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan berminat untuk menyertai program ini, sila maklumkan kepada saya sebelum/pada 28 Julai 2022 untuk disenaraikan di dalam Borang Pengesahan Kehadiran.  Namun begitu, penyertaan adalah terhad kepada 10 orang staf setiap PTJ.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
Sekian.
 
'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
'BERILMU BERBAKTI'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato;/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian  YBhg. Prof./Dato;/Dr./Tuan/Puan mengenai perkara di atas.
 
Sebagaimana semua telah maklum, UPM  komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berinovatif dan kreatif dengan penerapan amalan hijau menerusi pembudayaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), berteraskan moto “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.
 
Sehubungan dengan itu, sebagai langkah permulaan, Jawatankuasa EKSA FPV akan mengadakan Gotong-Royong Perdana di Fakulti pada:
 
Tarikh: 12 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa: 3:00 petang
Tempat: Berkumpul di Foyer Utama, FPV
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua warga Fakulti untuk turut serta dalam aktiviti gotong-royong ini.
 
Bersama-sama ini saya sertakan Panduan Pelaksanaan EKSA UPM dan Carta Organisasi EKSA FPV sebagai rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dato;/Dr./Tuan/Puan
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato;/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato;/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dimaklumkan bahawa pihak Fakulti akan melaksanakan Program Pengiktirafan EKSA di peringkat Fakulti dengan mengadakan Pertandingan EKSA bagi kategori anugerah berikut:
  1. Zon Terbaik (Jabatan)
  2. Makmal terbaik
  3. Ruang Kerja Terbaik (Kategori Staf Akademik dan Staf Pelaksana)
  4. Pantri Terbaik
  5. Tandas Terbaik
Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti berbesar hati mempelawa warga Fakulti untuk menyertai Pertandingan EKSA yang sedang dijalankan mulai pada tarikh hari ini.  Program ini diadakan adalah untuk  menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat EKSA dalam kalangan warga Fakulti.
 
Tatacara EKSA boleh dirujuk pada panduan EKSA UPM yang telah diedarkan sebelum ini.
 
Perhatian dan kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.
 
'KEJAYAAN ABADI FPV'
 
Sekian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 

YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

 

Tarikh: 19 Ogos 2022 (Jumaat)

Masa: 2:45 petang

Tempat: Auditorium, FPV

 

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir dan kehadiran akan dicatatkan sebagai Latihan Staf.

 

Kehadiran YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Bersama-sama ini disenaraikan jadual Pelaksanaan Audit EKSA FPV untuk makluman dan tindakan YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan.
 
Audit Kendiri: 5 September 2022
Penilaian utk 5 kategori terbaik: 7 September 2022
Audit Dalaman EKSA: 12 September 2022

 
Mohon YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya agar pelaksanaan EKSA ke arah pewujudan persekitaran yang kondusif di Fakulti dapat dilaksanakan dengan jayanya.  "KEJAYAAN ABADI FPV"
 
Bersama-sama ini dilampirkan Carta Organisasi EKSA FPV sebagai rujukan.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan di dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
'BERILMU BERBAKTI'
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
 
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
 
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Fakulti Perubatan Veterinar Universiti akan mengadakan Sambutan Hari Merdeka/Hari Malaysia FPV 2022 Bersama Haiwan Kesayangan yang akan diadakan sebagaimana butiran berikut : 
 
Tarikh : 2 September 2022 (Jumaat)
Masa : 9.30pagi - 10.30 pagi 
             Majlis Perasmian
            9.00 pagi  - 12.00 tengahhari 
            Aktiviti rawatan haiwan secara percuma bagi golongan B40 yang berkelayakan secara temujanji. 
Tempat : Foyer Hospital Veterinar Universiti
 
Sehubungan itu, pihak FPV amat berbesar hati untuk menjemput semua warga Fakulti ke Majlis Perasmian Sambutan Kemerdekaan bersama Haiwan Kesayangan FPV dengan bertemakan tema Merdeka tahun 2022 iaitu "KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA" . Dialu-alukan tuan/puan untuk memakai pakaian tradisional Malaysia untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.
 
Bersama-sama ini disertakan Tentatif Program pada hari tersebut untuk rujukan tuan/puan dan kehadiran tuan/puan akan dikira sebagai latihan. Perhatian dan kerjasama dari pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula Prof. Madya Dr. Arifah Abdul Kadir sebagai Ketua Jabatan Sains Praklinikal Veterinar mulai 15 September 2022 hingga 14 September 2024 dan Prof. Madya Dr. Ooi Peck sebagai Ketua Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar yang baharu mulai 15 September 2022 hingga 14 September 2023 menggantikan tempat Prof. Madya Dr. Lau Seng Fong.

Dikesempatan ini, pihak Fakulti juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Lau Seng Fong  di atas sumbangan cemerlang dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada Fakulti khasnya dan Universiti amnya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar sebelum ini.
 
Tahniah.
 
Sekian,terima kasih.   

'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
'BERILMU BERBAKTI'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan, 

 

Untuk makluman Universiti Putra Malaysia akan menghadapi Audit SIRIM Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 yang dijadualkan pada 17 - 21 Oktober 2022 (Isnin & Jumaat).

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Jaminan Kualiti akan mengadakan Semakan Kendiri pada 11 Oktober 2022 (Selasa).

Berikut merupakan tempat-tempat yang akan dilaksanakan semakan kendiri iaitu:

  1.  Makmal Akuatik 
  2.  Makmal Farmakologi 
  3.  Makmal Fisiologi 
  4. Makmal Teriogenologi 
  5.  Makmal Histologi 
  6.  Makmal Serologi 
  7.  Makmal Virologi 
  8.  Makmal Anatomi 
  9.  Post Mortem 
  10. Mini Lab 
  11. Penentukuran 
  12. Stor Kimia dan stor sisa 
  13. Fail kursus 
  14. Kenderaan 

 

Tuan/puan diminta bersedia dan memberi kerjasama untuk melancarkan semakan kendiri tersebut.

Sekian, kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (4) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik ahli pengurusan Fakulti Perubatan Veterinar sebagaimana butiran di bawah:

 

  1. YBhg. Prof. Gs. Ts. Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah, Timbalan Dekan (Hospital Veterinar Universiti) berkuatkuasa mulai 3 Oktober 2022 sehingga 2 Oktober 2023;
  2. YBhg. Prof. Dr. Jalila Abu, Timbalan Dekan (Akademik & HEP) berkuatkuasa mulai 3 Oktober 2022 sehingga 2 Oktober 2023; dan
  3. Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin dilantik semula sebagai Ketua Jabatan Perubatan & Pembedahan Haiwan Ladang & Eksotik berkuakuasa mulai 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2024.

 

Dikesempatan ini, pihak Fakulti ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hazilawati Hamzah  di atas sumbangan cemerlang dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada Fakulti khasnya dan Universiti amnya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Dekan (Akademik & HEP).

 

Semoga Fakulti Perubatan Veterinar terus berkembang dan mencapai kejayaan yang membanggakan.

 

Tahniah.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (4) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBHG. PROF. DR. MD ZUKI ABU BAKAR@ZAKARIA sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) bagi tempoh satu (1) tahun mulai 15 Oktober 2022.

Dikesempatan ini, pihak Fakulti ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada  YBhg. Prof. Gs. Ts. Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah di atas sumbangan cemerlang dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada Fakulti khasnya dan Universiti amnya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) sebelum ini.

Semoga Fakulti Perubatan Veterinar terus berkembang dan mencapai kejayaan yang membanggakan.

Tahniah.

'Kejayaan Abadi FPV'

Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) orang staf FPV telah dinaikkan pangkat secara Time-Based (TBK), iaitu:
 
  1. Encik Salahudin@Salehuddin bin Hj Abd Rahman, Penolong Pegawai Veterinar dari Gred G32 ke Gred G36 mulai 1 Julai 2022 (JPPHLE);
  2. Puan Hasina Behgam binti Haja Mohideen,  Penolong Pegawai Veterinar dari Gred G32 ke Gred G36 mulai 1 Julai 2022 (JPPHK); dan
  3. Encik Muhamad Adib bin Kusni, PTPO dari Gred N19 ke Gred N22 mulai 2 Julai 2022 (Pentadbiran UVH).
 
Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai ini.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

Dimaklumkan, bahawa Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon bagi jawatan berstatus kontrak dalam skim Perkhidmatan Bukan Akademik, Universiti Putra Malaysia, lantikan Pegawai Eksekutif, PE4 (setara Gred N29) dan PE5 (setara Gred N19).

 

Calon yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02)  yang boleh dimuat  turun pada pautan seperti berikut, http://reg.upm.edu.my/eISO/docs/20190815114053SOK.BUM.BR03.JAWATAN%2002%2020.08.2019.pdf.   Sila hantarkan borang yang telah lengkap beserta salinan kad pengenalan (berpalang), salinan surat beranak, sijil/ dokumen yang berkenaan selewat-lewatnya pada 21 November 2022 ke Pejabat Am Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar

 

Untuk maklumat lanjut, bersama ini disertakan iklan jawatan tersebut untuk rujukan.

 

Sekian, terima kasih.

 

'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

'BERILMU BERBAKTI'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, 

 
Alhamdulillah sukacita dimaklumkan bahawa dua (2) staff JDMV telah menerima ahli keluarga baru seperti berikut: 

1. Prof. Madya Dr. Annas Salleh telah selamat menimang cahaya mata lelaki kedua, seberat 2.9kg pada 19 Oktober 2022 di Hospital Putrajaya; dan

2. Dr. Alif Zakaria juga telah selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 2.66kg pada 16 Ogos 2022 di HPUPM. 

Tahniah diucapkan!  Kami dari warga VLSU dan Fakulti Perubatan Veterinar mendoakan semoga ibu dan anak dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin y.r.a

NOTIS !!

PENUTUPAN  PERKHIDMATAN

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI

Kepada pelanggan yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa operasi Hospital Veterinar (HV),

Fakulti Perubatan Veterinar UPM DITUTUP

pada 18 NOVEMBER 2022 SEMPENA CUTI KHAS PILIHAN RAYA

Pelanggan yang dihormati masih boleh memohon temujanji

dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di laman UVH atau menghubungi di HOTLINE berikut


Haiwan Kesayangan: 03 9769 3954 / 3955
Haiwan Besar / Avian / Eksotik: 03 9769 3889 / 3981

(Waktu operasi : Isnin - Jumaat, 8 Pagi - 5 petang)

Tidak termasuk cuti umum

Segala kesulitan amatlah dikesali

Terima kasih

 NOTIS !!

PENUTUPAN PERKHIDMATAN
HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI


Kepada pelanggan yang dihormati

Adalah dimaklumkan bahawa operasi Hospital Veterinar (HV),
Fakulti Perubatan Veterinar UPM DITUTUP pada

28NOVEMBER 2022 (ISNIN)

SEMPENA CUTI KHAS PERLANTIKAN PERDANA MENTERI
BAGI KES WALK IN & HANYA MENERIMA KES TEMUJANJI

YANG TELAH DIKENAL PASTI

Pelanggan yang dihormati masih boleh memohon temujanji
dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di laman
web UVH atau menghubungi di HOTLINE berikut:


Haiwan Kesayangan: 03 9769 3954 / 3955
Haiwan Besar / Avian / Eksotik: 03 9769 3889 / 3981
(Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8 Pagi – 5 Petang)

Tidak termasuk cuti umum
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (4) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBHG. PROF. DATO' DR. MOHD AZMI MOHD LILA sebagai Dekan yang baharu bagi menerajui FPV mulai 01 Disember 2022 sehingga 8 Disember 2024

Dikesempatan ini, pihak Fakulti merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada  YBhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Omar di atas sumbangan cemerlang dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada Fakulti khasnya dan Universiti amnya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Dekan selama tiga (3) tahun ini.

Semoga Fakulti Perubatan Veterinar terus berkembang dan mencapai kejayaan yang membanggakan di bawah pimpinan Pentadbir baharu.

Tahniah.

'Kejayaan Abadi FPV'

Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

'BERILMU BERBAKTI'

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم.
 
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
 
Segala puji bagi ALLAH SWT Pentadbir Seluruh Alam, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
 
Seluruh warga Fakulti menzahirkan ucapan takziah kepada Encik Khairul Zaini bin Zainan, Pembantu Veterinar di JPKV di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda beliau yang dikasihi malam tadi di rumah beliau di Cheras.  Jenazah dikhabarkan akan dikebumikan pada pagi ini di Cheras.
 
Al-Fatihah buat Allahyarham.  Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Marilah kita sama-sama doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan pengakhiran Husnul Khatimah. Aamiin.

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Aamiin.
 
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Disember 2022 (Jumaat)

Masa: 2:45 petang

Tempat: Foyer Utama FPV

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir dan kehadiran akan dicatatkan sebagai Latihan Staf.

Kehadiran YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
 
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Pihak KSRV dan seluruh warga Fakulti menzahirkan dukacita di atas kembalinya ke Rahmatullah seorang pensyarah kanan di Fakulti yang sangat disenangi dan disayangi, Dr Nik Mohd Faiz bin Nik Mohd Azmi, selepas Allahyarham tidak sedarkan diri sejurus menamatkan larian marathon pagi tadi di Langkawi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan. Sesungguhnya, berita pemergian Allahyarham adalah satu kesedihan dan kehilangan yang sangat dirasai oleh kita semua.  
 
Al-Fatihah buat Allahyarham. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi Allahyarham.

Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Marilah kita sama-sama doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan pengakhiran Husnul Khatimah. Aamiin.

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Aamiin.
 
Sekian, terima kasih.
 
Salam Takziah,
 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

 
YBhg. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Di kesempatan ini, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan "Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2023". Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kasih sayang, semangat perpaduan dan mengharapkan yang lebih baik untuk tahun 2023. Kepada warga Fakulti yang lain, selamat bercuti bersama keluarga tersayang dan berhati-hati di jalan raya.
 
Merry Christmas & Happy New Year 2023!
Stay Safe!
 
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 
 
download-1.jpg

Assalamualaikum WBT.

 
YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
‎Dengan penuh takzim saya mewakili pihak KSRV 2022, ingin menjemput  YBhg. Prof/ Dato'/Dr./Tuan/Puan ke majlis bacaan yasin, dan doa selamat sempena memasuki tahun baru (2023) secara hibrid  pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh        :  6 Januari 2023 (Jumaat/Esok)
Masa         :   11:00 pagi
Tempat    : Bilik Jemaah, FPV atau
Aplikasi    :   Secara dalam talian
 
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/96026614611?pwd=Z1V6OTR0SVFXRU5MbGRvVXdraEd5Zz09

Meeting ID: 960 2661 4611
Passcode: 427238
 
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar YBhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan dapat menghadirkan diri ke majlis ini sebagaimana butiran di atas.
 
Bersama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya negara kita sentiasa diberkati dan dirahmati.
 
Sekian, terima kasih.
 
Ybhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk seperti tajuk di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti akan ditutup pada 23 & 24 JANUARI 2023 (ISNIN & SELASA) SEMPENA CUTI UMUM TAHUN BARU CINA
 
Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERILMU BERBAKTI”

YBhg. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Di kesempatan ini, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year" kepada semua warga Fakulti yang beragama Buddha. Semoga tahun baru ini menambahkan lagi kasih sayang, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan untuk sekeluarga. Selamat bercuti juga kepada semua warga Fakulti dan berhati-hati di jalan raya. 
 
Gong Xi Fa Cai! 
Xin Nian Kuai Le!
 
 
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 2020-2021
Fakulti Perubatan Veterinar
 
Chinese-New-Year-Wishes-1024x640.jpg
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
 
Ybhg. Prof./Dato'/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk seperti tajuk di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti akan ditutup pada 6 FEBRUARI 2023 (ISNIN) SEMPENA CUTI UMUM THAIPUSAM
 
Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERILMU BERBAKTI”


Saya yang menjalankan amanah,
 
FATIN FARHANA SAMAT
Pegawai Eksekutif 3
Pejabat Pentadbiran Timbalan Dekan Hospital Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia 
bp
PROF. TS. DR. FAEZ FIRDAUS JESSE ABDULLAH
Timbalan Dekan Hospital Veterinar 
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia 
43400 UPM Serdang 
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

JOM MENYUMBANG KE TABUNG KEBAJIKAN HAIWAN UPM

 

Program pemandulan adalah salah satu inisiatif yang dijalankan bertujuan untuk mengawal populasi kucing dan hal ini juga dapat menjaga kemaslahatan ummah. Seperti yang kita sedia maklum, pemandulan kucing boleh mengelakkan daripada masalah penyakit berjangkit di antara kucing, merendahkan peluang pembuangan kucing secara berleluasa dan boleh mengurangkan risiko pembiakan masalah genetik. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) aktif dalam melaksanakan kempen pemandulan kucing. Antara program yang sedang dilaksanakan oleh FPV termasuklah Potong- Royong dan PROKASIH. 


  1. Projek potong-royong 
    Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia bersama Persatuan Menolong Haiwan SPCA Selangor, Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) dan Persatuan Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA) akan mengadakan program “Potong-Royong”, iaitu program pemandulan kucing di Hulu Langat, Selangor. Program ini akan berlangsung selama enam hari bermulaHARI INI: 7 Mac 2023 sehingga 12 Mac 2023 daripada jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program itu akan dijalankan pada 7-12 Mac 2023, 10 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Dato Nazir, Kg. Batu 14, Hulu Langat melibatkan sukarelawan doktor veterinar bertauliah, pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dan juga sukarelawan awam. Projek ini diketuai oleh Dr Farina Mustaffa Kamal. 

 

  1. PROKASIH

Projek Pemandulan Haiwan Terbiar atau lebih dikenali sebagai PROKASIH ialah aktiviti kelab pelajar bersama kelab VETERNAK di bawah penyeliaan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. PROKASIH merupakan satu-satunya program yang memfokuskan isu-isu kebajikan dan sosial berkenaan haiwan terbiar di dalam kampus dan masyarakat di luar yang dianggotai oleh pelajar doktor perubatan veterinar UPM. Bagi melengkapi aktiviti "Potong-royong" adalah pemeriksaan umum kesihatan haiwan kesayangan dan juga program kempen kesedaran pemilikan haiwan kesayangan yang bertanggungjawab iaitu “Komuniti MADANI Prihatin Haiwan” di bawah persatuan pelajar DPV - PROKASIH. Penasihat kelab ialah Profesor Madya Dr. Chen Hui Cheng. 

 

Ayuh, sumbangan anda mampu membantu FPV untuk meningkatkan tahap kebajikan haiwan!! 

 

 

Sumbangan ke Tabung Kebajikan Haiwan UPM boleh dibuat melalui pautan di bawah:

Tekan: https://vet.upm.edu.my/tabung_kebajikan_haiwan-4056?L=bm

Tekan "Klik di sini" untuk tiba ke paygate Tabung Kebajikan Haiwan UVH FPV

Isikan maklumat di dalam borang dan buat pembayaran 

Muat turun resit pembayaran 

Kepilkan resit pembayaran kepada kami melalui google form ini : https://forms.gle/evR56WiLnAAHnsRc6

 

Nota tambahan:

Sumbangan ke Tabung Kebajikan Haiwan UPM melebihi RM500 layak mendapat pengecualian cukai dari UPM (individu dan syarikat)

Anda boleh memohon resit potongan zakat dan wakaf melalui WAZAN jika menyumbang kepada wakaf khas fasiliti Hospital Veterinar UPM. Permohonan resit mesti dilakukan pada bulan yang sama dengan sumbangan. 

 

Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut boleh diajukan kepada emel vet.animal_welfare@upm.edu.my Segala sumbangan yang telah diberikan kami hargai dan diharapkan dapat membantu FPV mencapai matlamat meningkatkan kebajikan haiwan.  

 

Sekian, terima kasih.

 

 

           "BERILMU BERBAKTI"

    “Komuniti MADANI Prihatin Haiwan”

 

Greetings,
We would like to cordially invite you to join a seminar “ANIMAL BEHAVIOUR AND WELFARE DAY 2023”, held on 08 April 2023 (Saturday), 9.00 am - 5.00 pm at Dewan Auditorium FPV.
The seminar is proudly organised by the Faculty of Veterinary Medicine, UPM, collaboration with Royal Canin Malaysia and MAVMA.
We look forward to welcoming you and having a fruitful and enjoyable seminar.
Registration is open now.
“Early bird” registration is RM100.00 ONLY and it will be closed on 29th Mac 2023!
Official payment registration:
1) Please scan QR code on the poster OR click this link: https://paygate.upm.edu.my/action.do?do=
2) Enter the UPM paygate website.
3) Click on 'Buat pembayaran' and choose to pay to ANIMAL BEHAVIOUR AND WELFARE DAY 2023 SEMINAR.
4) Fill in the details and please make a payment via EFT or Debit/Credit card.
5) Settle the payment.
We would be grateful if you could disseminate this announcement to your contacts who might be interested to attend. Your participation and cooperation are very much awaited and appreciated.
For further information, please contact:
📞 Dr. Syamira Syazuana
📞 Dr. Michelle Fong
📞 En. Iskandar Afifi
Thanks and have a good day!
May be an image of 3 people, dog and text
 

"Dan infaqkanlah harta pada jalan Allah dan jangan campakkan tanganmu (diri kamu) kepada kehancuran dan hendaklah kamu berbuat baik sesungguhnya Allah Suka orang-orang yang berbuat kebaikan.  Surah al-Baqarah: 195"  

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KSRV, akan menganjurkan Program Ihya Ramadan Bubur Lambuk KSRV pada 5 April 2023, hari Rabu dengan mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk di Kafe FPV.

Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada semua warga Fakulti (staf, pelajar dan pelanggan Fakulti) secara drive-thru di Pondok Pengawal FPV selepas waktu pejabat.

Sehubungan itu, pihak KSRV ingin memohon sumbangan daripada  YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dari segi kewangan bagi menampung perbelanjaan menyediakan bubur lambuk.  Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 8002153929 atau cek atas nama “Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar” atau diserahkan terus kepada saya atau Pn. Norhayati.

Walau bagaimanapun, bagi melaksanakan program ini berjalan lancar, pihak KSRV memohon bantuan staf dan pelajar FPV yang berkelapangan untuk turut serta bekerjasama memasak bubur lambuk.  Sila berada di kafe FPV pada jam 8:30 pagi dan berpakaian yang sesuai.

Kerjasama dan bantuan daripada pihak YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  Semoga kita semua beroleh keberkatan dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

 

 

 

Salam Sejahtera.
 
YBhg. Prof./Dato'/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti telah menerima kunjungan seorang Profesor Pelawat iaitu Prof. Emeritus Dr Katherine A. Houpt (VMD, PhD, DACVB).  Prof. Emeritus Dr Katherine  A. Houpt merupakan Professor Emeritus dalam bidang Behavioral Medicine (kesihatan tingkah laku) di Cornell University's College of Veterinary Medicine in Ithaca, New York, USA.  Beliau akan berada di Fakulti dari 3 April 2023 hingga 1 Mei 2023.
 
Sebagai makluman YBhg. Prof./Dato'/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, penempatan bilik Prof. Katherine sepanjang berada di fakulti adalah di bilik pensyarah 01 berhadapan Bilik Seminar, FPV, UPM [bilik arwah Dr Rashid]. 
 
 
Sekian untuk makluman YBhg. Prof./Dato'/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
 
 
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERILMU BERBAKTI"
 
Yang Ikhlas,
 
AP.Dr. Ooi Peck Toung and Dr. Syamira Syazuana.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan penggunaan transaksi tanpa sentuhan, semua transaksi pembayaran di Hospital Veterinar Universiti Fakulti Perubatan Veterinar akan dilaksanakan secara tanpa tunai atau CASHLESS mulai 25 April 2023 (SELASA). Tiada lagi pembayaran tunai diterima mulai tarikh ini.
 
Bagi menjayakan hasrat ini semua pelanggan boleh membuat bayaran secara atas talian melalui sistem UPM Payment Gateway (FPX, kad debit atau kad kredit) atau scan QR code e-wallet (Boost, Touch & Go, GrabPay). Selain itu, outlet juga telah dibekalkan dengan kemudahan mesin terminal bagi membolehkan bayaran melalui kad debit dan kad kredit dilakukan. Dengan kepelbagaian kaedah bayaran tanpa tunai yang disediakan akan membantu pihak outlet dan pelanggan dalam urusniaga yang dilakukan.
 
Perhatian serta kerjasama daripada semua warga UPM amatlah dihargai.
 
Sekian.
 
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa pihak UPM telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat secara TBK kepada staf berikut:

  1. Cik Normalahanifah binti Aliman, Setiausaha Pejabat Gred N29 ke N32 mulai 1 Januari 2023;
  2. Pn. Nurul Nadia binti Ghazali,  Setiausaha Pejabat Gred N29 ke N32 mulai 1 Januari 2023;
  3. Pn. Noor Liah binti Md Yatim,  Setiausaha Pejabat Gred N29 ke N32 mulai 2 Februari 2023;
  4. Puan Nur Farhana binti W Husain, Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 ke G32 mulai 15 Januari 2023;
  5. En. Muhamad Sihar bin Ali,  Pembantu Veterinar Gred G19 ke Gred G22 mulai 14 Januari 2023;
  6. En. Nor Hilman bin Hashim, Pembantu Veterinar Gred G19 ke Gred G22 mulai 18 Januari 2023.

Kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan tuan/puan dan semoga tuan/puan akan terus memberi sumbangan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

     

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Program DOGATHON ini adalah merupakan program tahunan yang akan dianjurkan oleh Persatuan VETERNAK dengan Kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Program ini akan dilaksanakan seperti butiran berikut :
 
TARIKH : 20 MEI 2023 (SABTU)
MASA : 6.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : BUKIT EKSPO, UPM
 
Semua warga fakulti adalah dijemput memeriahkan program ini. Bersama-sama ini disertakan poster hebahan dan poster aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program DOGATHON 2023 berlangsung.
 
Sekian untuk makluman, terima kasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang mengenai perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang bertujuan untuk menyaring tahap kesihatan rakyat Malaysia bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi dan FPV telah terpilih sebagai lokasi untuk pelaksanaan program ini.
 
Demi menyokong dan untuk mempergiatkan aktiviti saringan ini, pihak Fakulti menjemput semua staf dan pelajar FPV untuk menjalani saringan kesihatan ini yang diadakan secara PERCUMA sebagaimana butiran berikut:
 
Tarikh: 29 Mei 2023 (Isnin)
Tempat: Bilik Seminar, Fakulti Perubatan Veterinar
 Masa: 9.00 pagi - 4:00 petang
 
Sasaran:
  1. Kakitangan / Pelajar (warganegara Malaysia sahaja).
  2. Boleh juga maklumkan kepada kawan-kawan/saudara-mara yang lain sekiranya berminat.
  3. Berumur 18 tahun ke atas.
  4. Belum pernah menjalani saringan kesihatan pada tahun sebelumnya dan tiada sejarah penyakit kronik
Kepada yang berminat untuk menyertai program saringan ini, sila lengkapkan borang yang dilampirkan dan diserahkan terus kepada petugas pada hari program diadakan.
 
Perhatian dan kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

 

Semoga YBhg. Dato’/Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindunganNYA.


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan, Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon bagi jawatan berstatus kontrak dalam skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana , Universiti Putra Malaysia seperti berikut:

 

NO.

JAWATAN

1

Pegawai Eksekutif 2 (Setara Pegawai Veterinar Gred GV48)

2

Pegawai Eksekutif 3 (Setara Pegawai Veterinar Gred GV41)

3

Penolong Pegawai Veterinar (G29)

4

Pembantu Veterinar (G19)

5

Pegawai Farmasi (UF41)

6

Penolong Pegawai Farmasi (U29)

7

Juruteknologi Makmal Perubatan (U29)

8

Juru X-Ray (U29)

9

Pegawai Eksekutif 5 (Setara Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi Gred N19)

10

Pembantu Awam (H11)

 

Cara Permohonan:

(1)        Kepada yang berkelayakan dan berminat untuk kekosongan jawatan-jawatan berkenaan sila isi borang permohonan seperti berikut:

Bil.

Kumpulan Jawatan

Borang

Pautan

1.

Pengurusan & Profesional

Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(SOK/BUM /BR03/JAWATAN 01)

http://www.pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20230221150235SOK.BUM.BR03.JAWATAN_01_KUMPULAN_P&P.pdf

 

2.

Pelaksana

Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02)

http://www.pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20230221150519SOK.BUM.BR03.JAWATAN_02_KUMPULAN_PELAKSANA.pdf

 

 

(2)          Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan (berpalang), salinan surat beranak dan dokumen-dokumen sokongan lain (sijil akademik yang berkaitan) ke alamat:

 

Pejabat Pentadbiran
Timbalan Dekan Hospital Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Ahmad Azlan Ahmad Saad)

 

 

(3)          PERHATIAN:

 

(i)           Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima tidak akan dilayan;

(ii)          Hanya calon yang berjaya dalam proses saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga; dan

(iii)         Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan boleh menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

 TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

 

Pegawai Farmasi (UF41)

:

26 MEI 2023 (JUMAAT)

Penolong Pegawai Farmasi (U29)

 

 

 

Lain-Lain Jawatan

:

2 JUN 2023 (JUMAAT)

 

 

 

 

(4)          Kriteria dan butiran lanjut perjawatan adalah sebagaimana yang dilampirkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk seperti tajuk di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti akan ditutup pada 29 JUN 2023 (KHAMIS) BERSEMPENA RAYA AIDILADHA (KORBAN). 
 
Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti akan beroperasi semula pada 30 JUN 2023 (JUMAAT). 
 
Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
Dear Dato' / Datin / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Sir / Mdm. / Mr.,

Greetings from the Malaysian Society of Parasitology and Tropical Medicine.

We're pleased to invite you to join the MSPTM Veterinary Parasitology Workshop 2023, which will be held on 22nd October 2023 at the Faculty of Veterinary Medicine, UPM, Serdang, Selangor.

Registration for the workshop is as the link below:
https://forms.gle/5Y3xrp27FFnvhBoK6

Enclosed is the workshop flyer for your reference. We appreciate your kind assistance to disseminate the information to your friends and colleagues.
Assalamualaikum wbt and greetings
YBhg. Dato'/ Datin/ Prof/Dr./ Sir/ Madam.
 
Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia in collaboration with MyOHUN and ClimX will be organizing a Forum session entitled: Youth Action in Animal Conservation & Zoonotic Disease Prevention.
 
The details of the event are as follows:
 
📌 Date: 12th January 2024 (Friday)
📌 Time: 9.00 AM - 12.00 PM (GMT +8)
📌 Broadcast platform: MyoHUN YouTube and Zoom (https://us06web.zoom.us/j/86297078638...)
 
This forum is a part of the Doctor of Veterinary Medicine Program and will be broadcasting online via Zoom and MyOHUN YouTube. Your participation can truly make a difference in engaging youth in health and nature conservation.
 
E-certificate will be provided!
 
For further assistance, please contact 017-3537341 (Assoc. Prof. Dr Nor Yasmin) or 019-4441998 (Mogesh Sababathy).
 
Thank you. See you there!
 
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTQAV~