UPM Kesan Kes Positif Fasciola Di Sabah | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » UPM kesan kes positif Fasciola di Sabah

UPM kesan kes positif Fasciola di Sabah

 

Tarikh : 7- Sept 2020

 

Gambar dari Dagangnews.com

Dr Nur Mahiza Md Isa Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan Veterinar yang juga seorang penyelidik menemukan beberapa tempat mempunyai kes positif cacing hati atau Fasciola di Sabah.

Menurut kenyataan media Universiti Putra Malaysia, laporan hasil kajian cacing hati yang terdapat pada ruminan itu telahpun diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) baru-baru ini.

Ini adalah salah satu usaha dan kerjasama penyelidikan UPM-JPVS yang melibatkan pegawai JPVS, pelajar Fakulti Perubatan Veterinar, UPM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Tarikh Input: 14/09/2020 | Kemaskini: 13/11/2020 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEbWAI~