FELINE AND CANINE DENTISTRY WORKSHOP 2023 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » FELINE AND CANINE DENTISTRY WORKSHOP 2023

FELINE AND CANINE DENTISTRY WORKSHOP 2023



Serdang, 7 Julai 2023 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan kerjasama Medical Plus NM (M) Sdn. Bhd. telah melaksanakan program FELINE AND CANINE DENTISTRY WORKSHOP 2023 dengan jayanya pada 5-7 Julai 2023. Bengkel ini merupakan sebuah program perkongsian dan pemindahan ilmu kepada peserta tentang kaedah pemeriksaan dan pembedahan pada gigi kucing dan anjing. Bertempat di Bilik Jemaah dan Makmal Surgeri Pelajar, FPV, program yang berlangsung selama tiga hari tersebut melibatkan sesi ceramah, sesi ‘hands-on’ kucing, dan sesi ‘hands-on’ anjing.

 

Dr. Rozanaliza Radzi, Penyarah Kanan, FPV merangkap pengarah program memaklumkan, objektif utama program ini adalah untuk memberi pengenalan dan penerangan berkenaan penjagaan gigi serta penyakit gigi lazim anjing dan kucing serta kaedah merawatnya dengan berkesan. Program ini turut memberi pengalaman ‘hands-on’ kepada peserta. Program selama 3 hari ini disertai seramai 60 peserta yang terdiri daripada Doktor Perubatan Veterinar dalam sesi perkongsian syarahan, 28 peserta dalam sesi ‘hands-on’.

 

Dengan bimbingan penceramah jemputan Dr. Cedric Tutt (Diplomate EVDC-European Veterinary Dental College) dan Dr. Roux Philippe (Veterinary Dentist, Switzerland), diharapkan  dapat melahirkan lebih ramai pengamal perubatan veterinar yang mahir dalam memberi khidmat pemeriksaan dan rawatan gigi di premis mereka.

Tarikh Input: 27/07/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEcUAU~