09-Nov-2019 : Artikel berkaitan cacing juga menyerang orang dewasa oleh Dr Mahiza telah diterbitkan di dalam akhbar Berita Harian.
Beliau berkata bahawa orang dewasa juga perlu memastikan mengambil ubat cacing sekiranya terdapat tanda-tanda dijangkiti cacing dalam tubuh mereka, kerana cacing boleh merebak ke pelbagai bahagian badan seperti mata, hati, paru-paru dan salur darah jika tidak diberikan rawatan segera.
Jangkitan cacing boleh berlaku melalui beberapa kaedah pemakanan dari sumber seperti tumbuhan air atau sayur kangkung dan juga ulam-ulaman. Di setengah ulam berkemungkinan terdapat larva cacing yang boleh membiak di dalam usus sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Tarikh Input: 11/11/2019 | Kemaskini: 13/04/2022 | mjamil