Jawatan Kosong

 

        Misi UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang unggul, yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan manusia, dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.
         Bagi merealisasikan misinya, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berwibawa, berdedikasi dan mempunyai tekad yang tinggi serta memiliki kelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk memohon mengisi kekosongan jawatan berikut:-

 

1.     PENOLONG PEGAWAI TADBIR - Gred N27 (Kontrak)

 

Kumpulan    :        Sokongan

Klasifikasi     :        Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji   :        PIT1 RM1,204.55 - PIT26 RM2,724.69

 

 

 KELAYAKAN DAN PENGALAMAN:       
 

Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred
 

N27 hendaklah memiliki kelayakan berikut:
 

 
 

(a)     Warganegara Malaysia;

 

(b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  

(c)           i)    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

     (Gaji permulaan ialah pada gred N27: P1T1); atau

 

ii)   Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.

     (Gaji permulaan ialah pada gred N27: P1T5); atau

 

      iii)   Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.

     (Gaji permulaan ialah pada gred N27: P1T6); dan

 

(d)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

PENETAPAN GAJI PERMULAAN:

Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan pada kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja atau kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N27 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

 

TARAF JAWATAN :         

Kontrak

 

LAIN-LAIN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa kesemasa.

 

CARA MEMOHON:

Borang permohonan jawatan boleh diperolehi dengan cara muat turun(download) borang di laman web http://reg.upm.edu.my/brg/PEND.BUM.BR01.JAWATAN02.pdf. Sekiranya memerlukan apa-apa keterangan lanjut, harap hubungi Pejabat Dekan Fakulti Perubatan Veterinar di talian telefon nombor 03-89468280.

 

PEJABAT DEKAN

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG

SELANGOR

 

TARIKH TUTUP:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas tidak lewat dari  10 Ogos 2007.

 

PERATURAN MEMOHON :

Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma jika berkenaan) Transkrip Keputusan Peperiksaan Semua Semester dan sekeping gambar baru berukuran passport.

 

PERHATIAN :

(i)      Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak  mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.

(ii)     Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk  ditemuduga.

(iii)    Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

 

 

 

PENAFIAN : Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

 

Faculty of Veterinary Medicine
 
Laman Web Universiti Putra Malaysia Laman Web Hospital Veterinar Universiti Laman Web Perkhidmatan Makmal Veterinar Laman Web Alumni Veterinar UPM Laman Web Veternak UPM Laman Web Kelab Zoologico UPM Laman Web Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar Intranet Pegawai Fakulti Perubatan Veterinar Intranet Pelajar Fakulti Perubatan Veterinar